in

Nabila Huda Bengang Wanita Rembat Barang Bantuan Banjir, Salurkan Semula Tapi ‘Claim’ Sumbangan Sendiri?

F3 Curi Barang E1640480779592

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat dilihat ramai rakyat Malaysia, tak kira umur dan jantina yang secara sukarela sanggup membantu keluarga-keluarga yang terlibat dalam banjir di Selangor baru-baru. Tak kira bangsa, kaum dan agama, semuanya berganding bahu untuk menolong mereka yang terkesan.


Namun, tak kurang juga ada yang tetap mahu mengambil kesempatan dalam kesempitan yang dilalui oleh orang lain. Pelakon terkenal Malaysia iaitu Nabila Huda hari ini meluahkan rasa kecewa dan berangnya terhadap seorang wanita yang dikatakan telah mencuri barangan untuk disalurkan kepada mangsa banjir.

Wanita terbabit kemudiannya telah membawa barangan tersebut ke tempat lain untuk didermakan, namun dia akan mendakwa sumbangan barangan itu datang daripada dirinya sendiri.

Nabila Huda telah memuat naik satu kenyataan tentang perkara terbabit menerusi akaun Twitter peribadinya. Untuk pengetahuan semua, pelakon tersebut sememangnya aktif membantu mangsa yang terlibat dalam bencana banjir di negara kita baru-baru ini.

Curi Barang 2

Dalam satu video yang dikongsikan oleh Nabila juga, wanita terbabit mengatakan dia memang berpengalaman selama 10 tahun dalam penglibatan sebagai ahli NGO dan wanita itu mahu menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Rupa-rupanya, penduduk di kawasan banjir beserta imam masjid di situ sebenarnya ada juga mengadu bahawa wanita yang dikatakan tersebut memang akan ambil barangan untuk mangsa banjir yang diletakkan di sebuah masjid kampung itu dan dia kemudiannya telah bertindak menghantarnya ke kawasan lain.

Curi Barang 5

Apa yang membuatkan ramai orang marah dengan tindakan wanita ini, dia juga dikatakan akan mendakwa barangan yang disumbangkan itu bukan dari masjid sebaliknya daripada dirinya sendiri. Jadi, ramai bengang sebab dia ni dah curi kredit kerja orang lain dan claim semuanya darinya sendiri. 

Ini menyebabkan netizen yang lain turut kecewa sebab masih ada lagi orang yang tidak bertanggungjawab seperti ini terutamanya ketika ramai orang yang sedang bersusah.

Baca: Risau Bateri Telefon Habis Atas Bot, Abang Viva Rayu Agar Warganet Tak ‘Spam’ Mesej

Curi Barang 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.