in

Istana Kelantan Murka Dengan Pemilik Instagram Rihana Petra, Pemilik Dakwa Anak Dilahirkannya Bakal Putera Mahkota Kelantan?

Featured 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam Istana Kelantan ada mengeluarkan kenyataan media yang salah satu kandungannya ialah meminta rakyat tidak mudah mempercayai maklumat daripada media sosial.. Kenapa tiba-tiba je kan?


Tapi difahamkan yang kenyataan tersebut merujuk kepada penyebaran pelbagai kisah melibatkan Sultan Muhammad V menerusi Instagram sejak kebelakangan ini, memetik Sinar Harian.

Katanya sumber terdekat Sinar Harian juga menyatakan bahawa PIHAK ISTANA KELANTAN MURKA dengan perbuatan individu yang membuka akaun Instagram dengan nama Rihana Petra dan menyebarkan pelbagai dakwaan kisah peribadi sejak Jun lalu.

 

Individu berkenaan turut membuat pengumuman anak yang didakwa dilahirkannya ialah bakal Putera Mahkota Kelantan selain turut memuat naik pelbagai foto yang turut melibatkan Sultan Muhammad V.”

 

Semalam Istana Kelantan akhirnya mengeluarkan kenyataan media selepas hampir 8 bulan senyap dengan menyatakan tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

1 14

Kenyataan rasmi itu juga ada memaklumkan Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Difahamkan kenyataan itu sekaligus menafikan dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

 

Admin no komen, tak berani nak ulas lebih-lebih.

Baca : Tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Queen of Kelantan- Pengelola Istana DRaja Kelantan

Kenyataan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.