in

“Tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan atau Queen of Kelantan”- Pengelola Istana D’Raja Kelantan

Featured 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampak semakin ‘panas’ kisah mengenai gelaran Queen of Kelantan ni sampaikan semalam keluar satu kenyataan akhbar dari Pengelola Istana DiRaja Kelantan, Datuk Nik Mohd Shafriman Nik Hassan berhubung perkara itu.


Dalam kenyataan tersebut jelas menyatakan :

Tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.”

1 14

Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ‘Queen of Kelantan’ tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.

Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.

Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.

Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Dato’ Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan
Dato’ Perwira Raja
Pengelola Istana D’Raja Kelantan

Semalam kecoh apabila media melaporkan dakwaan Rihana Oksana Gorbatenko, 26 sah dicerai talak 3 sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan rakyat di negara ini.

Namun sehingga kini masih lagi tiada penjelasan atau kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut.

 

Selagi tak betul tak yah lah kita nak membawang kan, tak payah nak jaga tepi kain orang lain betul tak!

Baca : Bukan haritu loving-loving ke – Gempar! Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga?

Loving

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.