Peringatan khusus untuk mereka yang suka berkongsi maklumat mengenai anti-vaksin!
Instagram nampaknya akan mula menyekat atau block mana-mana hashtag yang mempromosikan atau membawa maklumat berkaitan anti-vaksin.
Sekat maklumat palsu berkaitan vaksin
Dalam pengumuman terbaru dibuat syarikat berkenaan, Instagram akan block atau sekat search results yang memberikan maklumat palsu berkaitan vaksin.

“Contohnya, jika hashtag #vaccines1234 memaparkan banyak maklumat tidak tepat mengenai vaksin maka kami akan block hashtag berkenaan sepenuhnya,” menurut laporan The Verge.
Laporan itu juga menyebut, maklumat tidak tepat mengenai vaksin itu merujuk kepada maklumat-maklumat yang disahkan palsu oleh World Health Organisation (WHO) atau mana-mana organisasi berkaitan.
Guna ‘machine learning’ untuk sekatan
Malah, Instagram juga sedang meneliti mana-mana posting yang melanggar polisi mereka dan menggunakan machine learning untuk kenakan sekatan sepenuhnya terhadap maklumat berkaitan anti-vaksin.

Jika carian dilakukan terhadap hashtag itu tinggi, maka Instagram juga akan block hashtag tersebut.
Walau bagaimanapun usaha ini dijangka akan mengambil sedikit masa.
Laporan BBC menyebut, WHO menyenaraikan pandangan anti-vaksin merupakan sebagai top 10 ancaman kesihatan sedunia bagi tahun 2019.