Isu vaksin di negara ini sememangnya cukup popular malah ianya dibahaskan secara terbuka selepas wujud 2 puak yang berbeza pendapat berkaitan vaksin ini. Ada yang menyokong dan ada pula yang menentang.
Semalam Dr Sakinah Sulong dalam facebooknya ada berkongsi satu video pendedahan seorang ibu yang kehilangan anaknya akibat tidak divaksin.
Posting tersebut mendapat 2.6k likes dan 3,121 shares sejak ia dimuatnaik semalam.
**Admin nak maklumkan video ini agak panjang, namun ia sangat bermanfaat khususnya buat ibu-ibu di luar sana yang masih lagi ragu-ragu untuk menyuntik vaksin kepada anak-anak mereka.
Jangan dikutuk ibu ini, dia sudah banyak menderita
Siapa yang tengok video ini, tapi tak rasa sedih, saya akan katakan mereka tu hatinya batu.
Ini perkongsian seorang ibu yang kehilangan anaknya akibat difteria.
Dia tidak pernah menyangka anaknya akan direnggut nyawanya akibat difteria. Disusukan hingga 2 tahun lebih, diberi madu sebagai pemakanan sunnah, pada usia 2 tahun, anak itu mendapat difteria.
“Anak itu tidak divaksinkan.”
Jangan dikutuk ibu ini.
Dia sudah banyak menderita.
Airmatanya sudah banyak tumpah.
Hanya dengan kekuatan dan kebaikan hatinya, dia sanggup berkongsi cerita, agar jadi pengajaran.
Kami telah dapatkan persetujuan ibu di awal video dan perbualan ini tidak mengikut apa-apa skrip terlebih awal. Semuanya spontan.
Terima kasih Dr Rusyainie Ramli, kerana bersusah payah menolong merakamkan video ini.
May Allah helps us all in this journey.
#JomTolakAntivaksinners
https://www.facebook.com/sakinah.sulong/videos/10157145051862417/
Mesti ramai yang mengalirkan air mata selepas mendengar perkongsian wanita ini, malah dia sendiri menyedari kepentingan vaksin demi kesihatan dan keselamatan anak-anak di luar sana.
Kita sebagai ibu dan bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak dapat membesar dengan sihat dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.
Buat korang yang tak tengok video tersebut sampai habis, disini admin ringkaskan sedikit hasil temubuat tersebut.
Kenapa tak vaksin?
Saya bukan tolak, cuma cuai , lalai bila tgk anak sihat…tak ambil berat benda tu..Ini kerana bayi jarang demam, sakit teruk pun tak pernah kalau selsema sehari dua dah okay.
Kisah 6 hari sebelum pemergian anak
Anak demam 2 hari, sakit tekak terus bawa ke klinik..lepas tu dia xboleh telan sebab sakit tekak pastu..dia ni budaknya pemakan, bila dia sakit tekak susah dia nak telan…jd satu malam tu dia minum air, mgkin sbb dia sakit tekak, saya nampak kahak dia ada darah…
Bila dimasukkan ke hospital, dia terus kena hantar ke ICU..bagi ubat, antibiotik dalam 4 hari..Namun hari ke-3, dia masih ada air kencing lagi cuma hari ke-4 dia dah tak kencing..doc suspect buah pinggang dia drop..
Doktor suruh bersedia, panggil saudara mara
Hari ke 6, darah dh keluar ikut hidung semua…saya panggil nama dia …’ingat ibu x’, ‘rindu ibu x’, dia buka mata dia sikit, dia angguk…dia bg respon saya panggil dia, abah dia masuk , abah ckp pun dia bg respon..
Lepas cuci darah, saya xkemana2..saya mandi je…saya tggu dia kat hospital..subuh tu doc panggilm kata kjena bersedia sbb tindakbalas dh makin kurg, dh boleh panggil saudara mara utk tgk dia…
Dlm hati saya, kenapa saya yg kena hadap bukan org lain…knp saya yg kena hadap benda ni..
tp saya redha kalau kata mmg dia dh xde, kalau itu masa saat dia setakat itu allah pinjamkan dia…tp saya xnk ibu2 lain rasa,..mmg allah kata aku akan uji ikut kemampuan hamba dia..tp kehilangan anak xsama dgn kehilangan mak ayah….
So mak ayah di luar sana, bukalah mata kalian dan nilailah dengan bijak supaya tidak ada lagi airmata yang mengalir atas kehilangan anak yang tidak divaksin.