in

Instafamous Mati Dalam ‘Suitcase’: Ex BF Mengaku Bunuh Sebab Kena Ejek Pasal ‘Kehebatan di Ranjang’

Instafamous3
Lobak Merah
Lobak Merah
Instafamous Mati Dalam 'Suitcase': Ex BF Mengaku Bunuh Sebab Kena Ejek Pasal 'Kehebatan di Ranjang'
Loading
/

Jumaat lepas, mayat Instagram influencer terkenal Rusia dijumpai dalam ‘suitcase’ di apartmen yang disewanya. Melalui rakaman CCTV di apartmen itu, bekas kekasih Ekaterina Karaglanova, 25, dilihat melawat mangsa dan menjadi suspek utama.

Eka3

Eka6
sumber: instagram

Terbaru, bekas kekasihnya, Maxim Gareyev, 33, mengaku bersalah membunuh wanita itu dan menyumbat mayatnya di dalam suitcase, lapor Daily Mail. Melalui rakaman CCTV itu, Maxim dilihat masuk ke apartmen tersebut dengan membawa plastik dan menutup mukanya dengan topi.

Tak lama selepas itu, dia beredar dari situ tetapi membawa suitcase kecil dipercayai milik Ekaterina dan turut memakai sarung tangan berwarna hitam. Pihak polis memberitahu, Maxim tidak meninggalkan apa-apa kesan dan sempat membersihkan percikan darah selepas membunuh mangsa.

Suspek2
sumber: daily mail

Ketika disoal siasat pihak polis, Maxim berkata dia membunuh wanita itu kerana sakit hati dan tidak boleh tahan dengan hinaan dari Ekaterina.

Dia hina kehebatan saya di ranjang dan gaji saya. Saya tak boleh tahan.”

Kata Maxim, mangsa malah menghinanya beberapa kali sebelum dia membuat keputusan untuk membunuhnya. Menurutnya lagi, dia dan Ekaterina sempat berhubungan seks pada hari itu.

Eka7

Eka9
sumber: daily mail

Selepas itu, Ekaterina dikatakan menyambung kerja mengemas baju dan barang untuk pergi bercuti bersama kekasih barunya, seorang lelaki kaya raya berusia 52 tahun. Mereka sepatutnya dijadualkan terbang ke Belanda untuk sambut hari lahir Ekaterina yang ke 25 pada 31 Julai.

Ketika itulah Maxim terus membunuh mangsa sebelum membersihkan kesemua benda yang boleh menjadi bahan bukti seperti tompokan darah, pakaian dan pisau yang digunakan.

Saya tikam dia dengan pisau sekurang-kurangnya 5 kali di sekitar bahagian leher dan dada.”

Maxim yang baru berhenti kerja sebagai pakar IT itu dikatakan cemburu dengan hubungan yang baru dijalinkan Ekaterina bersama lelaki tua itu selain turut tidak tahan dihina beberapa kali.

Eka1

Eka2
sumber: instagram

Menurut pihak polis, Maxim telah menyimpan pisau dan pakaian yang ada tompokan darah tu di dalam suitcase yang dia bawa keluar dari apartmen tu dan buang di dalam tong sampah.

Ketika ditanya adakah dia menyesal dengan apa yang telah dia lakukan, Maxim menjawab,

Ye saya menyesal dan saya akan beri kerjasama dalam siasatan ini.”

Menyesal dahulu pendapatan…

Baca: “Baru grad sebagai doktor” – Instafamous Dibunuh, Dijumpai Dalam ‘Suitcase’ Dengan Kesan Kelar di Leher

Instafamous2