“Baru grad sebagai doktor” – Instafamous Dibunuh, Dijumpai Dalam ‘Suitcase’ Dengan Kesan Kelar di Leher

“Baru grad sebagai doktor” – Instafamous Dibunuh, Dijumpai Dalam ‘Suitcase’ Dengan Kesan Kelar di Leher

 
 
00:00 /
 
1X

Seorang Instagram influencer terkenal di Rusia dijumpai maut oleh keluarganya sendiri dekat apartmen yang disewa mangsa di Moscow. Menurut BBC, mayat Ekaterina Karaglanova, 24, ditemui pada Jumaat lepas selepas pihak keluarga risau tentangnya.

Difahamkan, keluarga mula curiga apabila Ekaterina tidak menghubungi mereka beberapa hari. Jadi mereka hubungi tuan rumah untuk minta akses masuk ke dalam apartmen itu. Ketika masuk rumah Ekaterina, mereka menjumpai ‘suitcase’ di tengah laluan dalam rumah dan apabila dibuka keluarganya terkejut dengan apa yang dilihat.

Ekaterina telah disumbat di dalam ‘suitcase’ itu dengan kesan kelar di lehernya!

Sumber: Instagram

Bapanya terus hubungi ambulan dengan harapan anaknya dapat diselamatkan tapi malangnya Ekaterina disahkan sudah mati. Menurut pihak polis, mereka tidak menemui sebarang kesan pergelutan di apartmen mangsa dan tiada senjata dijumpai di tempat kejadian.

Namun, polis mengesyaki pelaku mempunyai motif cemburu dan kini sedang menjalankan siasatan. Video rakaman CCTV pula menunjukkan bekas teman lelaki Ekaterina ada melawatnya beberapa hari ketika tempoh mangsa ‘mendiamkan diri’ dan tidak dapat dihubungi oleh keluarga.

Sumber: Instagram

Lelaki itu dilihat datang ke apartmen mangsa dengan membawa beg, memakai sarung tangan dan mukanya ditutup dengan topi serta berada dalam keadaan yang mencurigakan. Empat jam kemudian dia meninggalkan tempat itu dengan membawa beg yang lebih kecil daripada sebelum itu.

Sumber: Daily Mail

Mangsa dikatakan baru memulakan hubungan cinta dengan seorang lelaki dan mereka merancang untuk pergi bercuti ke Belanda untuk meraikan hari lahirnya semalam, 30 Julai.

Ekaterina merupakan travel blogger yang sangat terkenal di negara itu dan Instagram dia juga dipenuhi dengan gambar gambar ketika melancong. Selain itu, dia juga baru menamatkan pengajian di sebuah sekolah perubatan dekat Moscow dan merupakan seorang doktor pakar dalam bidang dermatologi.

Sumber: Instagram

Baca: “Dia berlagak sangat!” – Remaja Kena Seksa & Bunuh Oleh Dua Rakan Karib Sebab Bongkak Muka Cantik

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!