in

“Inilah yang kita mahu dari menteri” – Netizen Puji KJ, Bertindak Pantas Perbaiki Paparan & Ciri Baru MySejahtera

Mysejahtera Paparan Dan Ciri Baru Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi menarik perhatian rakyat apabila semalam mengumumkan yang aplikasi MySejahtera akan ditambah baik dengan memperkenalkan ciri-ciri baru bagi memudahkan penggunaannya.


Menerusi tweet yang dikongsikan menteri, beliau berkata, pasukan yang terlibat akan memulakan proses penambahbaikan semalam yang mana memudahkan orang ramai paparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.

Dalam erti kata lain, korang tak perlu terkial-kial buka dekat profile untuk tunjuk sijil vaksinasi ataupun tahap risiko jika masuk ke dalam kedai atau mall.

Buka je apps tu terus terpapar status vaksinasi dan tahap risiko. Mudahkan? 

Mysejahtera Baru

 

Perkenalkan butang ‘check out’ untuk pengesanan kontak rapat 

Ciri baru lain yang diperkenalkan dalam aplikasi MySejahtera ialah butang ‘check out’ yanng ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak rapat.

Sebaik meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang – tiada imbasan diperlukan,” katanya lagi.

 

“Slow-slow boss, tak sampai seminggu lagi banyak betul perubahan boss buat”

Penambahbaikan yang dilakukan Menteri Kesihatan bagi aplikasi MySejahtera ternyata disambut baik netizen yang memuji usahanya dan berharap lebih banyak lagi usaha dilakukan bagi mengekang penyebaran wabak ini di negara kita.

Komen Puji Kj Twitter

Semoga semua usaha ini dapat membantu dalam mengekang penyebaran wabak. All the best YB! 

Baca: Suntikan Vaksin Kanak-Kanak & Remaja Bakal Bermula Pertengahan September – KJ

Suntikan Remaja Kanak Kanak

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.