Dunia politik tanah air menunjukkan trend kepimpinan kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kesetiaan parti atau populariti semata-mata. Sebaliknya, pengundi Malaysia semakin menilai seseorang calon berdasarkan keupayaan, kejelasan hala tuju, serta kefahaman mereka terhadap beban ekonomi rakyat.
Dapatan terbaharu menerusi kajian kepimpinan oleh Vodus Research mengesahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal mendominasi saingan dengan merekodkan tahap sokongan dan penerimaan tertinggi.
Artikel berkaitan: PMX Bakal Sampaikan Amanat Perdana Sempena Hari Kebangsaan 2026 Pada 30 Ogos Ini
Artikel berkaitan: Kerajaan Johor Batal Lesen & Arah Network School Forest City Henti Operasi Mula Esok
Anwar Mendahului Carta Penerimaan dan Pilihan Utama
Kajian yang melibatkan 1,482 responden berusia 18 tahun ke atas di seluruh negara itu mendapati Anwar berada di kedudukan paling kukuh berbanding empat calon lain yang dinilai ialah Khairy Jamaluddin, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Datuk Seri Rafizi Ramli, dan Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Data ini membuktikan wujud perbezaan nyata antara “disukai” dan “dipilih untuk memimpin”. Walaupun calon lain mempunyai populariti peribadi yang baik, Anwar kekal sebagai pilihan utama rakyat untuk mengemudi kerajaan.
Sokongan Kuat di Sabah Sarawak dan Electorate Melayu
Dominasi Anwar turut dipacu oleh sokongan padu dari Sabah dan Sarawak. Sebanyak 41% pengundi di Sabah Sarawak memilih beliau sebagai Top Choice, berbanding 28% di Semenanjung.

Faktor penentu sokongan kukuh di Borneo ini dikaitkan dengan komitmen pentadbiran beliau terhadap penyelesaian isu berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hak hasil Sabah, dan pengurusan sumber Sarawak.
Dalam kalangan pengundi Melayu, Anwar turut mendahului pilihan pertama pada kadar 28%, mengatasi Khairy (16%), Onn Hafiz (9%), Samsuri (9%), dan Rafizi (5%).
Keupayaan Ekonomi Menjadi Sandaran Utama
Hasil analisis mendapati pengundi tidak lagi melihat kepimpinan daripada satu dimensi semata-mata. Dalam kalangan responden yang memilih Anwar, faktor utama yang mengukuhkan kedudukannya ialah keyakinan terhadap keupayaannya menumbuhkan ekonomi, merangka visi negara, serta pengalaman luas beliau dalam hal ehwal antarabangsa.

Meskipun cabaran persaingan tetap ada daripada tokoh-tokoh muda dan pemimpin negeri, kajian ini membuktikan bahawa buat masa ini, Anwar Ibrahim kekal sebagai figura kepimpinan paling dominan dan dipercayai oleh majoriti rakyat Malaysia untuk memimpin negara.
Sumber: Vodus
