Padah mencari publisiti murahan, dua orang wanita kini menjadi sasaran kecaman netizen selepas tular sebuah video memaparkan aksi berani mereka menunjukkan barang yang dipercayai bahan terlarang ketika sedang melakukan penstriman langsung (live) baru-baru ini.
Menerusi video yang tular di pelbagai platform media sosial, kedua-dua wanita tersebut dilihat ketawa berdekah-dekah sambil memegang satu peket plastik kecil mengandungi bahan putih, yang didakwa netizen sebagai dadah.
Artikel berkaitan: Perkarangan Mahkamah Kecoh, Ahli Keluarga Suspek Sorok Barang Terlarang Dalam Najis Lembu Menjerit & Menangis
Artikel berkaitan: Pesara Polis Wanita Sanggup Lari Dari Pemeriksaan Sejauh 50KM, Kantoi Bawa D*dah

Untuk video penuh klik di sini.
Lebih menyakitkan hati, salah seorang daripada mereka dengan nada berseloroh seakan mencabar pihak berkuasa dengan mengajak “polis” untuk mencuba bahan tersebut sambil mendekatkan bungkusan itu ke arah kamera.
Tindakan mereka yang seolah-olah tidak takut dengan undang-undang itu dianggap sebagai satu perbuatan yang melampau dan mencemarkan imej komuniti penstriman langsung yang sepatutnya digunakan untuk perkara lebih bermanfaat.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan menyifatkan kedua-dua wanita itu sebagai individu yang tidak memikirkan kesan jangka panjang atas perbuatan mereka.

Malah, ramai juga yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan siasatan segera dan mengesan lokasi kedua-dua individu tersebut sebelum lebih ramai remaja terpengaruh dengan aksi negatif seperti itu.
Sumber: Threads
