in

Kerajaan Kaji Pendekatan Baru Nilai Kemampuan Hidup Rakyat Malaysia

Ke Ft 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kerajaan kini sedang meneliti pendekatan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) sebagai mekanisme baharu untuk menilai kedudukan sosioekonomi rakyat dengan lebih tepat dan menyeluruh.

Menteri Ekonomi, YB Tuan Haji Akmal Nasrullah bin Mohd Nasir berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan tetapi pendekatan itu dilihat penting susulan tekanan kos sara hidup serta keadaan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini.


Screenshot 2026 05 21 At 1.07.44 Pm

Menurut beliau, penilaian kemampuan hidup rakyat tidak sepatutnya hanya bergantung kepada jumlah pendapatan kasar semata-mata.

“Penilaian sebaliknya akan mengambil kira komitmen perbelanjaan asas, jumlah tanggungan, lokasi tempat tinggal serta kos kehidupan yang ditanggung keluarga,” katanya.

Artikel berkaitan: Krisis Bekalan Global Belum Reda, Kerajaan Pantau Harga Barang Dan Beban Peniaga Kecil

Artikel berkaitan: Mengharungi Gelombang Krisis Bekalan Global, Strategi Berfasa Malaysia Membina Ketahanan Ekonomi

Akmal turut menjelaskan bahawa konsep PAKW akan melihat pendapatan boleh guna bersih selepas ditolak komitmen utama isi rumah.

Kementerian Ekonomi Pfp

“Kita melihat ada keperluan supaya penilaian terhadap kemampuan hidup rakyat tidak dibuat hanya bersandarkan pendapatan semata-mata.”

Katanya, walaupun ada isi rumah menerima jumlah pendapatan yang sama, struktur perbelanjaan setiap keluarga tetap berbeza dan perkara itu menyebabkan pengelasan sedia ada seperti B40, M40 dan T20 dilihat tidak lagi menggambarkan realiti sebenar kehidupan sebahagian rakyat.

Sumber: Kosmo! Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.