Tindakan seorang influencer melawak di media sosial ternyata telah mendatangkan rasa kurang senang netizen kerana dianggap tidak sensitif dengan persekitaran semasa.
Ia berikutan dengan kesan Covid-19 yang sekarang sedang melanda di negara ini. Lawak yang dia cuba buat di Instagram miliknya itu menangkap perhatian netizen dan dikongsikan semula di Twitter untuk menjadi bahan kecaman warganet.
Ini tak lawak ya, ini bodoh”
Netizen jadi marah kerana caranya itu telah menyusahkan pekerja dan sekaligus menimbulkan panik orang ramai. Umumnya kita tahu kejadian panic buying yang melanda di negara kita baru-baru ini.
Tindakan itu dianggap selfish kerana tidak memberi ruang kepada pengguna lain untuk membeli barang keperluan dan tak dilabel ada sivik kerana ada pembeli biarkan barang yang dah diborong di dalam troli selepas putus asa beratur panjang.
https://twitter.com/isterinajib/status/1240188049675280384?s=21
Disebabkan itu, influencer ini dapat melihat situasi berkenaan ketika dia sedang membeli barang di sebuah pasaraya terkemuka di Setapak. Dia jadikan perkara ini sebagai bahan jenaka dan lawak itu tidak diterima sama sekali oleh warganet.
Ramai yang mengecam tindakannya di posting asal dan di Twitter yang telah dikongsikan semula. Ada yang menegaskan caranya itu sangat keterlaluan.
Barang itu bukan kepunyaan saya”
https://www.instagram.com/p/B936MNpAgPK/
Susulan dengan tularnya video dan kecaman hebat yang netizen berikan, pemuda dalam video yang dikenali sebagai Reef Denial ini tampil memberikan keterangan yang sebenar. Katanya, dia hanya pergi ke pasaraya tersebut untuk membeli alat senaman memandangkan pusat gymnasium tutup dalam masa 2 minggu ini.
Disebabkan itu dia dapat lihat banyak troli terbiar yang diisi penuh dengan barang-barang di dalamnya. Katanya dia hanya ambil troli tersebut dan buat video itu, bukannya buat prank betul-betul.
Kenyataan itu dikeluarkan melalui IG story. Boleh baca di bawah ni:
Harap lepas ni jadikanlah pengajaran, dan lebih sensitif nak buat lawak.