in ,

“Harapnya bodoh tak berjangkit” – [VIDEO] Jijik! Buat Corona Virus Challenge, Wanita Ini Jilat Tandas Dalam Kapal Terbang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Ada satu video Tiktok yang dimuat naik oleh seorang wanita telah tular sebab dalam video tersebut, dia telah menjilat tempat duduk tandas. Eiiii, geli weh bila tengok. 

Kejadian tersebut dipercayai telah dilakukan di dalam sebuah kapal terbang. Video tersebut dikatakan telah dinamakan sebagai Coronavirus Challenge. Penyakit berjangkit pun nak dibuat main lah dorang ni. 

https://twitter.com/CashNastyGaming/status/1239039704181493761

 

Namun, wanita tersebut yang dikenali sebagai Avalouiise telah mempertahankan dirinya sebab katanya, dia telah pun mencuci tandas terbabit dengan menggunakan Clorox selama 40 minit sebelum menjilatnya. Bersih ke kalau cuci macam tu?

Setelah video itu dimuat naik, dia juga mengeluarkan kenyataan bahawa dia sihat-sihat sahaja dan dia tidak mengalami simptom-simptom virus korona.

Namun, yang paling pelik, Louise dilihat seperti suka dengan perhatian yang diberikan oleh netizen terhadapnya, lapor Mothership.SG.

Selain itu, dia juga dikatakan telah menjana lebih kurang $4000 daripada video yang tular itu. Emm, patutlah sanggup jilat benda kotor, sebab dapat duit rupanya.

Bukan itu sahaja, ada juga pengguna Tiktok yang lain yang memuat naik video mereka menjilat tombol pintu. Dorang ni memang nak sangat ke kena Covid-19 ni? 

Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita ini sebab nanti orang lain pun boleh terkena tempiasnya.

Admin speechless dengan dorang ni. Cuma kita orang Islam ni kena ingat, kebersihan itu sebahagian daripada iman. 

Baca: Pelajar Biadap Muat Naik Video Kutuk Orang Asia ‘Coronavirus’ Untuk Buat ‘Content’ VLOG Dikecam

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Facebook
Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari: