in

“Ini pengalaman paling best!” – Netizen Terhibur Tengok Gelagat Student Lelaki Mandi Macam Kat ‘Sunway Lagoon’ Bila UiTM Banjir!

Bestnya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, masa-masa di universiti inilah masa yang paling berharga sebab korang ada banyak pengalaman manis yang tak dapat dilupakan dengan kawan-kawan.


Antara salah satunya ialah seperti video yang viral di Twitter baru-baru ni. Sekumpulan pelajar lelaki nampaknya tengah galak bermandi hujan dan banjir yang berlaku di kolej kediaman mereka dekat UiTM Seri Iskandar. Wow wow!

 

“Dengar citer Sunway Lagoon ada buat dekat UiTM Seri Iskandar?” 

Menerusi video yang dikongsikan tu, korang boleh tengok keadaan di kolej kediaman pelajar lelaki kat UiTM tu memang dah banjir teruk dan habis air masuk ke dalam bilik mereka. 

Tapi mereka ni tak nampak stress langsung. Siap boleh main lagi dengan kawan-kawan. Ada tu pulak bermandi-mandian macam kat Sunway Lagoon. Hamboiii korang… 

 

“Trust me ini lah pengalaman yang best” 

Rata-rata netizen yang melihat video ni boleh rasa macam mana seronoknya perasaan pelajar-pelajar ni main hujan. Siap ada lagi yang mengimbau kenangan dulu. Haih bestnya kan zaman uni! 

Gembira
sumber: twitter

 

Tong sampah terbalik dalam banjir, gelagat student sapu air buat netizen terbahak

Selain dari video kat atas ni ada banyak lagi video yang dikongsikan netizen di Twitter yang boleh buat korang terhibur. Adoi macam-macam perangai lah budak-budak ni! Geli hati min tengok. 

Macam manapun katanya banjir di UiTM Seri Iskandar sudahpun surut dan pelajar kembali dengan rutin normal mereka. Belajar bersungguh-sungguh ye gais!

Rindunyaaa min dengan zaman U dulu!

Baca: “Sapa suruh kuat tido” – Netizen Terbahak Tengok Pelajar Ini Kena Tinggal Dalam Dewan Kuliah Sebab Tidur

Tido

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.