in

“Ini judi pertaruhkan nyawa namanya”- 5 Lelaki di Sibu Menyorok Nak Berjudi Waktu PKP, Tapi Kantoi Juga!

Judi Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasakan oleh kerajaan, setiap hari kita akan baca tentang kedegilan segelintir rakyat Malaysia yang enggan patuh perintah tersebut.


Bermacam-macam alasan diberi apabila ditanya oleh pihak polis ketika ditahan dalam sekatan jalan raya. Ada yang bagi alasan nak siram pokok di pejabat, nak bagi resipi dekat kawan dan nak beli bir pun ada!

Kali ini, polis dilaporkan berjaya menangkap 5 lelaki yang seronok berjudi di rumah salah seorang daripada mereka. Menurut laporan, kejadian itu berlaku di Sibu di mana mereka sebenarnya menyorok untuk bermain mahjong kerana takut ditahan pihak polis.

Padan muka, kegiatan mereka tetap berjaya diketahui polis dan difahamkan kesemuanya tidak memakai topeng muka serta duduk rapat di antara satu sama lain. 

Judi

Polis Sibu telah menerima laporan tentang sekumpulan lelaki yang berjudi secara haram di rumah pada Isnin, 30 Mac 2020. Selepas menerima beberapa laporan, pihak polis segera bertindak dan menghantar anggota untuk menangkap kesemua pelaku.

Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan social distancing jika berada di tempat awam.

Baca: “Hoi stupid idiots, sekat jalan sampai jam teruk susahkan orang”- Wanita Maki Polis Masa Ops Covid-19

Feat 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.