in

“Berjudi tanpa sengaja” – Ini Antara Sebab Korang Patut STOP Anak-anak Dari Main Roblox!

Collage 23 E1642814556802

Korang mesti pernah dengar pasal Roblox kan? Sekarang ni Roblox memang tengah hype lagi-lagi dikalangan kanak-kanak. Walaupun luarannya nampak harmless, ini bahaya Roblox terhadap kanak-kanak yang korang patut tahu, terutamanya parents!

Apa itu Roblox?

Unnamed

Roblox adalah platform atas talian yang menyediakan pelbagai game yang dibuat oleh pemaju. Lebih kurang macam Steam lah…

Tapi, apa yang membezakan Roblox dengan Steam ni adalah permainan-permainan dalam ni dibuat sendiri oleh pengguna-pengguna dan selain bermain permainan yang terdapat dalam Roblox, orang boleh dapat duit dengan membuat permainan sendiri.

Untuk pengetahuan korang, setakat ini pengguna Roblox dah keluarkan lebih 20 juta game dalam platform ni dan ada yang dapat keuntungan sehingga satu juta USD setahun!

Walaupun korang boleh main permainan dalam Roblox ni secara percuma, ramai juga kanak-kanak yang beli dan belanjakan matawang maya yang dipanggil Robux untuk memberi barang-barang estetik Roblox.

Popular ke Roblox ni?

Ya, Roblox ni sangat sangat popular. Salah satu permainan dalam platform ni yang dipanggi Adopt Me! di mana kanak-kanak boleh membeli dan menjaga haiwan telah dilawati lebih 20.4 bilion kali dan mempunyai 1.6 juta pemain. Dahsyat tu!

Kenapa korang patut stop anak-anak dari main Roblox?

5Fb7F4E632F2170011F7053E

Tak dinafikan, Roblox ni boleh merangsang kreativiti anak-anak lebih-lebih lagi bila dorang berpeluang untuk cipta permainan sendiri dengan mudah dan dapat duit dari buat benda ni.

Namun, kerana Roblox ini adalah platform atas talian, ia juga boleh mengundang kesan bahaya ke atas kanak-kanak bawah umur tanpa korang sedari. Antaranya…

Terdedah dengan golongan pedofil

Realitinya, golongan pedofil sentiasa mencari jalan untuk mengeksploitasi kanak-kanak dan salah satu cara mudah untuk mendekati kanak-kanak bawah umur adalah di atas talian.

Menurut siasatan dari seorang YouTuber People Make Games, salah seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun memberitahu yang dia telah menerima DM dari seorang lelaki dewasa ketika bermain Roblox dan bercakap benda-benda lucah.

Ada juga laporan mengatakan pengguna-pengguna telah menyamar menjadi orang muda untuk berkawan dengan kanak-kanak bawah umur. Bahaya betul orang macam ni…

Tak cukup dengan itu, pedofil di laman Roblox juga turut mengambil kesempatan dengan meminta kanak-kanak untuk menghantar gambar dorang yang tak senonoh untuk mendapatkan Robux (matawang maya) sebagai hadiah.

Berjudi secara tidak sengaja

Untuk yang tak familiar, anak-anak korang juga boleh berjudi dalam Roblox ni. Kalau korang buka homepage Roblox, ada satu seksyen dekat avatar shop  di mana semua pengguna tanpa mengira umur boleh berjudi dan mendapat keuntungan yang banyak atau hilang pelaburan.

Macam yang korang tahu, kanak-kanak masih belum mengetahui nilai duit dan selalu membuat keputusan yang tak betul.

Malah, ada beberapa laporan di mana parents terkejut bila tengok bil dan anak-anak belanjakan ribuan ringgit semata-mata untuk membida barang di dalam avatar shop ni.

Screenshot 2021 12 14 At 6.36.50 Pm

Untuk pengetahuan korang, Roblox tak ada langsung memaparkan amaran tentang berapa banyak pengguna boleh rugi atau menghadkan umur orang yang boleh berjudi di atas talian.

Terdedah dengan konten seksual dan ganas

Kerana Roblox turut mengambil untung atas urusan jual dan beli di atas talian mereka. Beberapa individu telah menyediakan laman web seperti black market di mana kanak-kanak boleh membeli barang yang dorang inginkan dengan harga yang murah melalui laman web tersebut.

Laman web yang dibuat ini sudah tentunya illegal dan kanak-kanak boleh terjebak dengan laman web sebegini dengan hanya satu klik sahaja.

Macam yang korang tahu, laman web seperti ini memang sangat tak selamat untuk kanak-kanak kerana ia boleh membuatkan kanak-kanak menonton video yang tak sepatutnya dorang tonton seperti video ganas atau pun seksual.

Apa yang parents boleh buat?

Dah tentunya cara terbaik untuk ibu bapa halang kanak-kanak dari terjebak dengan bahaya Roblox ni adalah dengan hentikan anak-anak dari bermain Roblox.

Memang tak mudah untuk buat benda ni, tapi nak tak nak ia perlu dilakukan. Mungkin juga korang boleh kenalkan anak-anak dengan permainan yang tak memerlukan dorang untuk bermain dengan orang lain.

Luarannya, Roblox memang nampak macam tak ada apa-apa tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa tak boleh nak pantau anak-anak sepanjang masa dan perkara-perkara yang tak elok boleh berlaku tanpa kita sedari.

Cegah sebelum terlambat.

Sumber: People Make Games, Rolling Stone, Polygon

 

Baca: 5 Game Telefon Bimbit Kegilaan Kita Dahulu, Budak 90-an Mesti Pernah Main!

Screenshot 2021 12 14 At 6.58.10 Pm

Sumber: Insider