Ini Jawapan CIMB Bila Ramai Pengguna Boleh Log Masuk Pakai Password Salah

Jadikan sumber pilihan di Google
Ini Jawapan CIMB Bila Ramai Pengguna Boleh Log Masuk Pakai Password Salah

Kita semua dah sedia maklum pasal masalah teknikal pada CIMB Clicks kan? Ada duit lesap, bahkan ada juga yang mendakwa bahawa mereka boleh log masuk ke aplikasi tersebut biarpun menggunakan kata laluan yang salah.

Disebabkan itu pertanyaan dan kecaman netizen membanjiri di ruangan komen laman Facebook rasmi CIMB Malaysia. Sudah semestinya mereka mahukan penjelasan daripada pihak CIMB sendiri. Ini jawapan mereka


 

Kenyataan rasmi CIMB Bank

Kenyataanrasmicimb
Sumber : CIMB

Terjemahan : 

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) ingin mengatasi berita media baru-baru ini mengenai didakwa tidak selamat dalam portal perbankan dalam talian, CIMBClicks. Harap ambil perhatian bahawa sistem CIMBClicks kami tetap selamat dan semua urus niaga pelanggan terus dilindungi.

Pihak bank ingin memaklumkan bahawa, pada hujung minggu, memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi CIMBClicks. Selain memastikan sistem kini dapat menampung kata laluan lebih daripada lapan (8) aksara dan sehingga 20 aksara, kami juga telah menambah langkah keselamatan reCaptcha di CIMBClicks untuk memastikan pengguna bukan bot. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, sila hubungi +60 3 6204 7788

Berikutan dengan kenyataan rasmi tersebut, netizen masih mempertikaikan berkenaan isu yang tengah hangat ni. Pihak CIMB menafikan bahawa laman sesawang mereka telah digodam.

“Semua itu tak betul”

Whatsapp Image 2018 12 17 At 3.36.06 Pm

Umunya, ramai pengguna akaun bank ini kehilangan sejumlah wang. Segelintir daripadanya ‘menyuarakan’ di laman komen tersebut.

Duit hilang

Cimblostmoney

Cimblostmoney2

Selain isu kehilangan duit, ada pihak mendakwa bahawa mereka boleh log masuk CIMB Clicks dengan kata laluan yang salah. Ini respon mereka.

Respon log masuk CIMB pakai password salah

Cimb Cimb2 Cimb3

Ada yang mendakwa bahawa respon yang diberikan tidak menjawab apa yang mereka cuba bahaskan. Tapi pihak CIMB memastikan bahawa sistem mereka berjalan dengan baik.

Apapun, kita sebagai pengguna ikut sahaja langkah-langkah yang mereka sarankan tu. Ia demi keselamatan juga, jika dibiarkan bimbang makin teruk pula jadinya.

 

Baca : Hati-hati Pengguna CIMB! Bank Kehilangan Back Up Data Yang Mengandungi Info Pelanggan

Cimb Reportedly Lost Its Backup Data Some Customers May Be Affected World Of Buzz 6

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Ini Jawapan CIMB Bila Ramai Pengguna Boleh Log Masuk Pakai Password Salah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ini-jawapan-cimb-bila-ramai-pengguna-boleh-log-masuk-pakai-password-salah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen