“Ini bukan kurta, ini baju renang muslimah” – Netizen Kutuk Kurta Raya Ini Baju Terburuk Tahun 2019?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Korang perasan tak? Asal bila nak puasa atau nak raya je, mesti akan keluar fesyen pelik-pelik dari fashion designer.

Terbaru yang viral di Twitter ialah fesyen kurta yang didakwa netizen sebagai kurta paling buruk pada tahun 2019. Laa ye ke ni? Opsss!

Sumber: Twitter

 

“Dah macam pakaian renang muslimah je” 

Disebabkan fesyen kurta ni sejenis yang melekat pada tubuh dan kain yang digunakan pun kain yang memang lembut dan mengikut bentuk badan, ramai yang cakap kurta ni rupanya macam pakaian renang muslimah.

Sumber: Twitter

Ada nampak macam swimsuit tak? 

Sumber: Instagram

 

Macam baju Shrek, Peterpan dan Superman?? 

Selain dari ada yang cakap baju ni macam inner atau swimming suit wanita, ada juga yang claim rupa pakaian ni macam baju watak fiksyen Shrek, Peterpan dan Superman. Yang topi tu… sebijik Peterpan!

Sumber: Twitter

 

Rupanya bukan pertama kali… dulu pernah viral juga kerana fesyen ‘shirtless’ 

Bagi mereka yang tak tahu, rupanya designer ini pernah juga viral satu masa dulu dengan rekaan baju raya ‘shirtless baju Melayu’. Selepas diam beberapa ketika akibat kena kecam kaw-kaw dengan netizen, kali ini designer ni muncul lagi dengan rekaan yang ‘meletop’.

Sumber: Blog

So apa pendapat korang mengenai baju raya ni? Lawa tak? Sesuai tak kalau pakai di pagi raya?

Baca: 5 Rekaan Fesyen Baju Raya Yang Telah Wujud Berkurun Lamanya!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!