in

Lelaki Singapura Tak Dapat Sertai RXZ Members 8.0 Lepas Ditahan Lakukan Aksi ‘Superman’

Ft Rxz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara melakukan aksi ‘Superman’ semasa menunggang motosikal, seorang lelaki warga Singapura telah ditahan semasa dalam perjalanan menghadiri perhimpunan RXZ Members 8.0 kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu telah ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu kerana didapati memandu secara melulu.


Artikel berkaitan : Hanya Kerana Hon, Lelaki Didakwa T*tak Penunggang Motosikal Di Shah Alam

Artikel berkaitan : Tular Video Kepala Kena P*jak, Polis Sahkan Penunggang Motor Menunggang Secara Bahaya & Positif Dadah

Katanya lagi, penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ itu telah ditahan oleh anggota JSPT Terengganu di Kilometer 403 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

Tambahnya, siasatan awal mendapati bahawa lelaki tersebut sedang dalam perjalanan untuk ke program Perhimpunan RXZ Member 8.0 yang bakal diadakan di Litar Permotoran Gong Badak, Kuala Nerus.

Screenshot 2026 07 31 124229

“​Kes kini disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu atau berbahaya sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan di bawah akta tersebut.”

Dalam pada itu, pihak polis turut mengingatkan kepada semua pengguna jalan raya khususnya peserta program itu agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya dan mengamalkan pemanduan secara berhemah.

“PDRM menegaskan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang bertindak membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.”

Sumber: Harian Metro, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.