Biarpun sudah lagi tiada lagi ikatan sah sebagai suami isteri, inisiatif pelakon Kamal Adli untuk menjaga kebajikan bekas isteri, Uqasha Senrose dan anak mereka, Hawra Uqaira mendapat pujian ramai.
Perkara itu didedahkan oleh rakan seperjuangan, Fazura menerusi satu video di Threads di mana pelakon itu dimaklumkan bahawa Kamal Adli membeli beberapa pasang baju kurung.
Artikel berkaitan: Anak Dapat Hadiah, Ramai Netizen Mula ‘Kenenkan’ Que Haidar & Fazura
Artikel berkaitan: “Tolong beli susu & pampers” – Fazura Beri Amaran Keras, Akui Chot Jaga Fatima Sejak Dalam Perut Lagi
Gentleman, salute!
Ia sekaligus membuatkan ramai netizen memuji Kamal Adli kerana dia tidak menayang apa yang dilakukannya kepada orang ramai.
Untuk info, berdasarkan rujukan Pejabat Mufti Wilayah persekutuan, makanan, pakaian dan tempat tinggal merupakan antara nafkah daripada suami buat isteri yang sudah diceraikan.
Malah, hak nafkah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan talak itu sendiri iaitu sama ada idah talak rajie, idah talak bain atau idah kematian suami.
Namun begitu, seandainya si siteri itu diceraikan atas sebab nusyuz, dia tidak layak mendapatkan nafkah dalam tempoh idah.
Sumber : Threads, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan
