in

5 Rekaan Fesyen Baju Raya Yang Telah Wujud Berkurun Lamanya!

Page 22 E1639285029133

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Fesyen adalah satu perkara yang berkembang pantas mengikut peredaran zaman. Fesyen juga melambang identiti seseorang, pemilihan pakaian seseorang itu melambangkan gaya hidup yang dipilih oleh mereka. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam dunia fesyen sejak zaman dulu lagi.


Cumanya perbezaan negara Barat dan Asia Tenggara adalah amat ketara dari segi perkembangan industri ini. Baju raya di Malaysia pada zaman sekarang kebanyakkan direka ala-ala citarasa barat sesuai dengan citarasa anak muda zaman ini. Namun kita tidak boleh lupa akan rekaan-rekaan lama yang masih mendapat tempat di hati kebanyakkan rakyat Malaysia.

 

1. Baju Kebaya

Baju Kebaya bukan saja terkenal di Malaysia, ia juga adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia, Singapura, dan Brunei. Ia diperbuat daripada kain kasa yang dipasangkan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna warni.

Kebaya
sumber: pinterest

Baju kebaya dikenakan oleh kalangan wanita bangsawan mahupun kalangan rakyat biasa, baik sebagai busana harian mahupun pakaian upacara. Di Melaka keturunan Baba Nyonya masih boleh dilihat mengenakan baju kebaya ini sebagai pakaian harian mereka.

Baba Nyonya
sumber: uniquely melaka
Kebaya 1
sumber: jurnal dasasila

 

2. Baju Kurung Kedah

Baju ini sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dan masih lagi wujud malah telah di modenkan oleh pereka-pereka yang sedia ada. Baju kurung Kedah mempunyai rekaan yang singkat untuk bajunya yang hanya terhenti pada paras punggung.

Kurung Kedah
sumber: seri pinang

Menurut beberapa sumber, Baju Kurung Kedah dipakai bersama kain sarung. Kain sarung diikat ambak mengalur dan dimasuk sebelah kiri atau kanan. Baju Kedah boleh disifatkan sebagai pakaian seharian atau pakaian basahan.

Kedah 2
sumber: lovingcurves

 

3. Baju Kurung Pahang

Kurung biasa tetapi mempunyai pesak yang terbahagi kepada dua bahagian atau lebih dikenali sabagai pesak gantung dan mempunyai bentuk di bahagian pinggang. Pesak untuk kurung Riau adalah kembang di bahagian bawah. Sesuai untuk orang yang bertubuh kurus mahupun gempal. Disamping menampakkan sedikit potongan badan, ia dapat menyembungikan bahagian punggung.

Pahang
sumber: atehlin
Aauu
Sumber: inhanna

 

3. Baju Kebarung 

Menurut Utusan Online, Kebarung adalah gabungan daripada baju kurung dan kebaya. Fesyen ini telah popular sejak zaman dulu namun kini kembali menjadi rekaan terkini dan pilihan kebanyakkan rakyat Malaysia. Kebarung ini dikatakan mirip dengan baju yang dipakai oleh datuk moyang kita dahulu.

Kebarung
sumber: just feminin

Ciri-ciri unik yang terdapat pada rekaan kebarung yang berpotongan longgar dan labuh bukan sahaja memberi keselesaan, ianya juga menampakkan gaya sopan dan anggun si pemakai.

Gg
sumber: cari
Ggg
sumber: cari

 

5. Cekak Musang

Baju cekak musang adalah lebih kurang dengan baju Teluk Belanga. Perbezaan antara teluk belanga dan cekak musang adalah rekaan di leher, cekak musang mempunyai kolar. Baju jenis teluk belanga mula adalah pakaian tradisi orang-orang Johor.

Cekak Musang
sumber: fuchsia

Selain masih digayakan zaman ini kerana rekaan elegannya, baju cekak musang juga menjadi pilihan ramai wanita yang berhijab. Ini adalah kerana rekaannya yang menutup bahagia leher.

Cm
sumber: pinterest

Biasanya ada satu kancing pada kolar dan dua atau tiga lagi kancing pada bukaannya. Butang emas atau emas berbatu permata digunakan sebagai pengancingnya. Baju cekak musang ini juga boleh dipakaikan bersama seluar, malah rekaan cekak musang ini juga di gunakan untuk kebanyakkan rekaan baju melayu sekarang.

Rekaan ini membuatkan penampilan lelaki lebih kemas berbanding kolar teluk belanga yang lebih terbuka dan nampak lebih santai.

Segak

Industri fesyen tanah air kita akan berkembang dengan lebih pantas selepas ini dengan kewujudan internet mudah alih. Kita dengan senangnya boleh mendapatkan inspirasi daripada pereka-pereka terkenal di serata dunia untuk mendapat ilham baru bagi menubuhkan koleksi rekaan sendiri.

Anda suka dengan rekaan rekaan old skool ni? Apa kata anda cuba ketengahkan semula fesyen zaman dulu. Mana tau boleh jadi trend-setter? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.