in

“Ingatkan kudis” – Ibu Terkejut Tengok Badan Anak, Rupa-Rupanya…

Kudsi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seekor nyamuk pun mesti ibu bapa takkan bagi hinggap di pipi anak-anak, inikan pula benda serius macam kena dera, terjatuh, ataupun jangkitan penyakit seperti HFMD (penyakit kaki dan mulut). Confirm tak menang tangan untuk uruskan anak-anak tambahan apabila anak jatuh sakit. Nak mandi dan makan pun tak tenang.
Lain pula cerita yang dikongsi @zatyyanuar melalui akaun Twitternya bersama beberapa keping gambar menunjukkan kesan bintik-bintik merah di belakang badan anaknya. Cuba check anak korang sekarang, mana nak tahu ada kesan yang sama.
62654260 2310167369071186 7796034862569226240 N
“Luruh jantung mama”
Sebaik sahaja si abang menunjukkan bintik merah di badan adiknya itu lah reaksi si ibu. Memang buat orang risau weh.
64537019 2310167339071189 6066867508642578432 NMemang power adik ni prank mak dia. Nampak real macam kudis atau allergic reaction. 
Takde apa-apa, Iyaad enteng (conteng) je”
Taktahu nak rasa geram atau ketawa lepas bila tahu benda tu contengan marker merah semata, bukan kudis atau benda lain yang serius. Awal-awal dah cuak, sekali tengok kena game. Tapi confirm lega terus lepas tu. Nasib baik tak bawa ke hospital, kalau tak memang kena gelak je lah.
62539252 2310167405737849 5658586019109273600 N
Future make up artist ni
Future make up artist ni
Kecik-keck dah power buat effect luka. Ini waktu besar ada potensi cerah nak jadi make up artist.  Si adik pun redha innocent je abang buat sebagai bahan kajian untuk diconteng. Korang ada ke pengalaman yang sama macam ni? Siapa yang jadi mangsa keadaan?
64497963 2310167412404515 5941850193296097280 N
Memang betul la orang kata  orang kidal atau left handed ni memang kreatif. Yang kidal tapi tak berapa nak berseni tu jangan risau, korang ada lagi bakat terpendam yang lain. 
Unnamed 1
Jantung kami pun luruh tengok abang ‘enteng’ badan adik. Kalau yang ada darah tinggi tu, boleh terkejut pengsan tengok ni, dik. Jangan macam-macam.
64230622 2310167442404512 337414743897669632 N
64438234 2310167512404505 172350934439952384 N
Ada yang ingat kena dera. Dan ada jugak yang sangkakan dicakar kucing. Hebat betul “enteng” sampai sekali tengok nampak macam luka real.
64612668 2310167835737806 5674691596713459712 N64624434 2310167842404472 2247588641201192960 NNasib baik bukan benda yang tak diingini berlaku. Ish kalau kena cakar kucing mesti budak tu dah meraung kesakitan dah tu. 
Harap si ibu akan terus bersabar layan kerenah comel anak-anak. Kenangan macam ni lah suatu  nanti akan diingati apabila semua dah besar, tinggal berjauhan daripada ibu bapa untuk belajar dan bekerja. Cuma yang penting kena dipantau anak-anak supaya tak menggunakan barang bahaya lah. 
Future make up artist ni
Screen Shot 2019 06 16 At 2.28.42 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.