Korang mesti pernah kena marah dengan parents korang kan? Kalau kita zaman dulu bukan setakat kena marah je, getah paip, selipar, hanger tu confirm singgah sekali dekat badan. Dah kira macam pakej dah.
Lain pulak tengok cara Hairul Azreen dan Hanis Zalikha tegur anak mereka, Yusuf Iskandar. Walaupun tegas, tapi elok lembut je. Takde tengking-tengking. Tapi netizen macam biasalah, tetap akan komen gak. Cuma ada betulnya jugak apa yang netizen komen kali ni. Cuba korang tengok video oleh @hairulazreen ni dulu.
Yusuf Iskandar pic.twitter.com/aWGxIiDnz7
— Hairul Azreen (@hairulazreen) May 30, 2019
Biarlah budak tu nangis luahkan perasaan
Itulah yang sepatutnya di ajar. Fikir masa hadapan dan lebih jauh. Nanti dia dah terbiasa simpan perasaan sampai tak nak dan tak reti nak luahkan.
It’s okay for a boy to cry. Jangan dihalang perasaan dia tu. Nanti satu hari dia tak nak cerita atau jadi feelingless baru tahu.
Betul tu. Biarkan dia melalui fasa mendalami perasaan. Kemudian baru dia tahu cara yang betul untuk meluahkan perasaan ikut channel yang betul.
Benda ni bukan hanya apply kepada Hairul dan Hanis, tapi apply kepada semua parents yang ada diluar sana. Pendam pun tak elok gak. Biar dia lepas perasaan tu.
Itu tak tahu lah. Mungkin ada cara lain yang Hairul dan Hanis akan buat untuk ajar. Kita tak tahu. Biar masa yang menentukannya.
Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk masa depan generasi akan datang. Lagi senang rasanya nak jadi Bujibu.
Baca: “Geli pulak aku tengok..” – Hairul Kena Hentam Buat Video Gurauan Pasal Seks Untuk Hanis