in

“Ingatkan ikan bilis” – Lelaki Kongsi Beli Pisang Goreng Nipis, RM2 Dapat 5 Ketul

Pisang Goreng Nipis Hiris

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sememangnya satu rahmat besar jika ada peniaga yang masih menjual makanan dengan harga murah dikala harga barang melonjak.


Tetapi, realitinya ramai yang tidak mampu mengekalkan harga demi kelangsungan perniagaan. Namun ada juga yang tidak menaikkan harga tetapi mengurangkan kos bahan mentah.

Bagaimanapun, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi alasan untuk para peniaga bersikap tamak dan menganiayai pelanggan.

Artikel berkaitan: “Banana tempura pun boleh!”- Kourtney Kardashian Punya Pisang Goreng Fancy Buat Malaysians ‘Triggered’

Artikel berkaitan: “Kicap ni orang miskin je makan”- Disebabkan Kutuk Pisang Cicah Kicap, Pemuda Ini Dihentam Teruk Dengan Netizen

Baru-baru ini, seorang pengguna X memuat naik gambar yang memaparkan pisang goreng yang baru dibelinya daripada sebuah gerai.

Menerusi foto yang dimuat naik, individu itu menunjukkan pisang goreng yang dihiris nipis sambil bertanyakan kepada netizen sama ada ia layak dikira ‘seketul’ dalam jualan.

“5 dua ringgit, Nak tergelak aku. Bukan sepatutnya seketul-ketul ke? Ini pisang goreng hiris dah ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat pisang goreng itu yang dianggap sama dengan ikan bilis.

Ada juga yang meluahkan rasa kecewa kerana ramai peniaga menjual pisang goreng senipis itu yang dirasakan tidak setimpal dengan harga.

Walaupun tidak didedahkan lokasi gerai berkenaan, tetapi ramai berkongsi pernah mengalami nasib yang sama.

Screenshot 2023 11 30 171659 Screenshot 2023 11 30 171812 Screenshot 2023 11 30 171830 Screenshot 2023 11 30 172006 Screenshot 2023 11 30 172108

Ini bukan pisang goreng, ini kerepek pisang celup tepung. Hmm…

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.