“Ingatkan ada org kaler dia” – Seakan-akan Singa, Kucing Ini Jadi Tarikan di Wadi Rum, Jordan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Kucing adalah salah satu haiwan yang selalu jadi kesukaan ramai orang. Selain perangai kucing yang sukar dijangka, kecomelan kucing juga menjadi sebab kenapa orang suka dengannya.

Korang mesti pernah tengok kucing warna oren kan? Haa ni admin nak share pasal seekor kucing yang viral dekat Twitter sebab warna bulu dia. Cuba korang tengok tweet oleh @nknukman kat bawah ni.

 

Ingatkan singa tadi

Serius first time admin tengok gambar tu admin ingat ada orang letak rambut palsu atau kucing tu pakai costume. Rupanya memang real bulu dia macam tu. Unik dan comel betul!

Haa nampak macam kena spray kan. Oren dia pekat sangat. Admin pun nak simpan satu kalau boleh. Eee geram pulak.

Itulah yang admin cakap tadi. Ingatkan pakai costume ke apa. Rupanya original. Memang spesis rare ni.

Elok lah tu sorang ingat macam Simba, sorang ingat dia baru lepas makan keropok Super Ring. Tapi apa-apa pun memang lain macam betul kaler dia kan. Kalau korang ada terjumpa spesis macam ni roger-roger lah admin ye.

 

 

Baca: “Relaks je kucing tu”  – Netizen Terhibur Tengok Kucing Ini Dijadikan ‘Mop’ Lepas Kantoi Sepahkan Sampah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Fahmy Rosli

Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.