in

“Ingat tahap fitness kita tak sama macam 3 bulan lepas” – Lelaki 49 Tahun Meninggal Dunia Lepas Cuba Hiking

Meninggaldunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki 49 tahun di Pulau Pinang ditemui tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjatuh ketika sedang melakukan aktiviti mendaki di Taman Belia.


Dalam satu kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat mengatakan, pihaknya diberitahu oleh orang awam bahawa lelaki itu  ditemui  di lereng bukit sekitar jam 3.45 petang semalam (Isnin, 8 Jun). Lapor The Star.

Mangsa kemudian  meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada hari yang sama, kematiannya disahkan sebagai serangan jantung.

 

Kepada yang baru mula untuk bersukan, ingat tahap fitness kita tidak sama 3 bulan lepas”

Disebabkan itu, ia mengundang reaksi netizen kerana dikaitkan dengan kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan yang membolehkan orang ramai untuk melakukan aktiviti riadah dan bersukan.

100924564 2746924758878325 3368810380293278713 O 102655022 2746924662211668 184815698778937803 O 102699978 2746924712211663 5782315621306744188 O

Warganet menyifatkan serangan jantung itu akibat mangsa terlalu all out ketika melakukan aktiviti tersebut. Insiden ini dijadian sebagai pengajaran dan panduan buat kita semua agar tidak terlalu ‘kerah’ badan sehingga melebihi had kemampuan.

Twitter

Ini kerana ada yang sudah tidak melakukan aktiviti senaman sepanjang tempoh PKP dan ia mungkin membuatkan badan kita tidak sekuat sepertimana yang kita pernah lakukan sebelum ini.

Jadi, penting untuk kita mulakan semula secara berfasa iaitu mula dari bawah. Dalam pada itu, ada warganet menjelaskan minggu lepas juga ada kes penunggang basikal meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mungkin bagi mereka yang ada melakukan senaman di rumah atau home workout tidak memberi kesan, apapun ada kemungkinan momentum itu mungkin tak sama jadis ebagai langkah berjaga-jaga elok lah jangan terlalu paksa diri.

 

Baca : “Allahu tak sangka”- Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

As 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.