in

“Ingat nak ajak pergi makan” – Sebak! Kawan Ajak Singgah Satu Tempat Lepas Solat Jumaat Rupanya…

Ft Ziarah Pusara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jodoh pertemuan dan ajal maut terletak di tangan, kita hanya mempu merancang namun Allah S.W.T yang menentukan.


Ada segelintir yang menemui cinta hatinya ini hanya mampu bertahan separuh jalan, bukannya putus tetapi Allah lebih menyayanginya sepertimana nasib yang dialami oleh salah seorang sahabat pengguna Tiktok @youngmedina3 ini.

 

Ingatkan nak pergi makan rupanya….

Beberapa hari lalu, wanita ini ada keluar bersama rakan-rakannya, menurutnya waktu itu selepas habis solat Jumaat.

Tiba-tiba salah seorang sahabat lelakinya minta untuk singgah ke satu tempat, pada mulanya ingat diajak untuk makan rupa-rupanya sahabatnya itu mahu ke pusara arwah teman wanitanya yang telah meninggal dunia baru-baru ini. Al-fatihah.

Sebagai sahabat, mereka yang tinggal di dalam kereta rasa sebak.

“Patutlah 2-3 hari dia cuba hiburkan gelak tawa dengan kami semua, rupanya jauh di sudut hati dia masih rindyukan orang yang dia sayang.”

“Diaorang dah janji nak kahwin sama-sama selalu bagi semangat masa study, tak sangka ajal menjemput dulu.”

Berdasarkan sumber, arwah meninggal dunia pada 15 Disember 2021 lepas, arwah meninggal dunia akibat Pulmonary embolism (sejenis penyakit paru-paru) sejak 3 tahun lepas.

@youngmedina03

ingatkan nak pergi makan rupanya ?? .. stay strong bro ! Allah lebih sayang dia. #fyp #fypシ #alfatihah

♬ original sound – Young Medina – Young Medina

Rata-rata netizen yang menonton video yang telah meraih 893K jumlah tontonan, 133K tanda suka dan 2511 jumlah perkongsian ini turut sebak apabila melihatnya. Bagi mereka, putus cinta akibat maut lebih sakit daripada putus cinta akibat orang ketiga.

 

Sakit berpisah sebab maut lagi sakit dari berpisah sebab ada orang lain – Netizen

Ziarah2 Iarah Ziarah

Allahu, min pun sebak, ada juga yang kongsikan perkara yang sama. Al-fatihah dan salam takziah buat pemuda tersebut.

 

Baca : “Ini cara saya rentas negeri” – DSV Rentas Negeri Pergi Ipoh, Ubat Rindu Melawat Pusara Dua Arwah Anaknya

Page Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.