in

“Ini cara saya rentas negeri” – DSV Rentas Negeri Pergi Ipoh, Ubat Rindu Melawat Pusara Dua Arwah Anaknya

Page Dsv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dibenarkan untuk rentas negeri, ramai yang ambil peluang itu dengan pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ahli keluarga yang tercinta. Ada juga yang pergi bercuti ke pulau-pulau cantik di Malaysia untuk menikmati keindahan alam sekitar.

Aktiviti-aktiviti itu juga dilakukan oleh selebriti-selebriti tanah air yang kebanyakkan mereka pergi bercuti bersama ahli keluarga mereka selepas sekian lama tidak boleh ke mana-mana. Tak ketinggalan juga Dato’ Seri Vida (DSV) yang mempunyai cara tersendiri untuk rentas negeri.


Melalui satu posting IGTV terbarunya di Instagram, DSV dilihatkan memakai pakaian serba hitam di dalam kereta untuk menziarah pusara dua arwah anaknya yang terletak di Ipoh. Dalam IGTV itu, DSV memberitahu itu adalah perkara pertama yang telah lama dia ingin lakukan selepas boleh rentas negeri.

https://www.instagram.com/tv/CU-U2poB1Ql/?utm_medium=copy_link

“Di saat orang lain boleh rentas pergi mana-mana, perjuangan saya lain…” – DSV

DSV yang dilihatkan menahan perasaan rindunya yang membuak-buak pada awal video itu, memberitahu ini kali pertama dia dapat menziarahi pusara arwah anak-anaknya selepas hampir dua tahun berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac 2020.

Sepanjang perjalanan ke Ipoh itu juga, dia ada menyelitkan nasihat-nasihat yang menyentuh hati berdasarkan pengalamannya ketika kehilangan dua anaknya. Di bahagian komen juga ramai yang mengatakan bahawa DSV seorang ibu yang kuat kerana mampu untuk menempuh segala ujian yang berat di balik karakternya yang sentiasa ceria.

Komen Dsv

Komen Dsv 2

Komen Dsv 3

Sebaik sahaja dia tiba di tanah perkuburan itu, DSV hampir tidak dapat menghabiskan kata-kata kerana terlalu sedih dan sebak apabila melihat pusara dua arwah anaknya yang dikebumikan dalam satu liang lahad. Dia tak henti-henti mengatakan yang baik-baik tentang anaknya. Semoga syurga tertinggi milik anak-anak DSV.

Sudah tentu rentas negeri kali ini memberikan makna yang tak terhingga kepada Dato’ Seri Vida kerana dia menggunakan peluang itu untuk melepaskan rindu yang telah lama disimpan.

Semoga rentas negeri yang dibenarkan ini dapat memberi sesuatu yang bermakna kepada orang lain juga dan yang paling penting, sentiasa jaga keselamatan serta SOP.

Baca: Nak muntah tapi tak lepas” – Rasa Badan Panas Setiap Kali ‘Live’, DSV Dakwa Terkena Gangguan Mistik?

Untitled 4

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.