in

“Ingat bunga tu ganti awan” – Kisah Realiti Sebenar Kartun Spongebob Yang Ramai Orang Tak Tahu

Spongebob S E1612668724169

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sini peminat kartun Spongebob Squarepants? Confirm ramai yang tengok tak kira korang umur berapa tahun sekalipun. Ibubapa pun ada juga yang join anak-anak tengok kartun ni sekali kan? Watak-watak yang ada dalam kartun tu dapat menarik perhatian penonton lagi-lagi keunikan jalan ceritanya.


Namun, disebalik cerita kartun ini ramai yang tak tahu kisah sebenar yang cuba ingin disampaikan menerusi watak-watak dan scene yang ada. Hal ini menjadi perbualan hangat di Twitter daripada warganet sehingga mendapat 46,000 retweets dan 83,000 likes. 

Menerusi perkongsian itu, rupa-rupanya bunga yang ada di atas permukaan laut dalam kartun itu menunjukkan pencemaran minyak yang berlaku di Bikini Atoll, tempat Amerika Syarikat test nuklear dan pembuangan minyak.

Mungkin sebab tu juga nama tempat dalam kartun ni Bikini Bottom tempat Spongebob dan rakan-rakannya tinggal. 

Kalau kita tengok scene kartun tu, tempat tinggal penduduk Bikini Bottom daripada sampah sarap dan itulah realiti di dunia sebenar. Segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di permukaan air yang menyebabkan hidupan laut mati.

M6

S1

Ada yang kata sebenarnya Spongebob sebenarnya bukan ikan tapi sea sponge. 

S2

Difahamkan, pencipta kartun Spongebob Squarepants, Stephen Hillenburg merupakan seorang bekas guru marin biologi. Mungkin ini mesej yang cuba ingin disampaikan menerusi kartun ini.

Macam mana ada watak tupai dalam laut ? 

Dalam kehidupan sebenar, tupai antara haiwan yang dibawa ke tempat itu untuk membuat ujian nuklear, sebab tu Sandy pakai kostum ala-ala astronaut.

S3

S4

Dapat kita lihat persamaan watak dan scene dalam kartun tu berkait dengan kehidupan sebenar, tak mustahil ianya menceritakan mengenai kemusnahan yang berlaku terhadap hidupan laut.

Baca : “Kartun kanak-kanak pun kena tempias LGBT” – My Little Pony Tampilkan Karakter Lesbian Dalam Animasinya? 

Pony

 

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.