in

“Kartun kanak-kanak pun kena tempias pengaruh LGBT” – My Little Pony Tampilkan Karakter Lesbian Dalam Animasinya?

Untitled Collage 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin lama, semakin banyak pula siri kartun atau animasi kegemaran kanak-kanak diselitkan dengan unsur hubungan sejenis atau LGBT — seolah-olah cubaan halus mereka untuk menerapkan fahaman songsang ini terhadap kumpulan cilik yang masih muda.


Sebelum ni, kartun popular Arthur turut menampilkan kelainan dalam animasinya — apabila memuatkan adegan perkahwinan sesama jenis dalam episod Mr Ratburn and the Special Someone.’

Arthur

Kemudian terbaru My Little Pony: Friendship is Magic pula menyusul, apabila satu karakter lesbian diperkenalkan dalam episod ‘The Last Crusade’ — bersempena dengan Pride Month ni.

My Little Pony Lesbian Couple

Difahamkan, episod tersebut sudah pun ditayangkan di Eropah dan Amerika Syarikat semalam.

Buzzfeednews melaporkan, penerbit eksekutif animasi tersebut Michel Vogel memaklumkan — idea itu merupakan hasil kolaborasi antara pihaknya dan dua lagi showrunners lain.

Disebabkan My Little Pony seringkali mengangkat nilai-nilai kekeluargaan, kasih sayang dan persahabatan dalam setiap episodnya, maka mereka berpendapat rancangan tersebut boleh juga digunakan sebagai platform untuk menerapkan elemen-elemen penerimaan terhadap golongan songsang ini.

Haih, makin jenuhlah mak ayah nak control setiap rancangan yang ditonton anak mereka kan?

Meskipun ia tidak ditayangkan di negara ini, banyak lagi anasir-anasir LGBT semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda kita dan jika tidak dibendung dari mula — percayalah anak bangsa negara ini akan mengalami keruntuhan akhlak yang amat dahsyat.

Jadi, semuanya bermula dari pendidikan awal dan kawalan ibu bapa di rumah.

Dah tentulah kita tak nak Malaysia jadi the next Pompeii kan?

 

Baca: Kesatuan Eropah Nak Bekukan Aset & Buat Sekatan Visa Ke Atas Brunei Kerana Laksana Hukum Islam Terhadap LGBT

Brunei

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.