in

Mr. Krabs: Burger Unik Jadi Rebutan Ramai di Sungai Buloh

Mr Krabs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari minggu mesti nak keluar dengan family atau kawan-kawan pergi makan sedap-sedap kan?


So, apa kata kali ni korang pergi serbu kedai Man Burger Kukus Lava di Sungai Buloh. Pelbagai hidangan yang dihidangkan dan menurut pengunjung, semuanya sedap hingga menjilat jari.

Kedai yang menyajikan menu berasaskan burger rare dan unik sudah pasti membuat peminat burger excited dan yang bestnya, semuanya sedap-sedap belaka.

Antara menu yang sentiasa menjadi rebutan dan merupakan hot item dekat sini ialah Mr. Krabs Burger. Mendapat feedback yang baik, korang pun takkan menyesal lepas rasa. Apa specialnya burger ni?

Patties ayam dan daging yang digunakan akan dikukus dulu sebelum dibakar pada api yang kuat bagi mengekalkan kelembutan dan kerangupannya apabila dimakan.

Tak cukup dengan tu, burger tersebut akan diletakkan pelbagai sos lazat serta pedas termasuklah wasabi mayo, sos keju dan sos lada hitam yang pastinya membuatkan mereka yang tahan pedas mendapat kepuasan.

Of course, bagi mengekalkan keunikannya, burger ni pun dihias dengan rapi dan mula disamakan ibarat watak dalam kartun Spongebob Squarepants iaitu Mr Krabs!

Nak tau tak apa lagi yang best, kedai ni akan bagi burger free kalau hari yang korang datang tu merupakan birthday korang. Wow!

Selain itu, di kedai mereka juga turut menjual pelbagai hidangan lain yang sama sedap.iaitu Lamb Chop Lava, Chicken Grill Combo, Meatball Lava dan Spaghetti. So, apa tunggu lagi pergi serbu!

Alamat: G19 Gerai MBSA, Sebelah Shell, Jalan Kuala Selangor Bandar Baru Sungai Buloh

Waktu Operasi: 5 petang hingga 12 malam

No telefon: 0142603370

Facebook: Man Burger Lava

Teringin pulak admin nak pergi try, tengok gambar pun dah terliur ?

Baca: 5 Tempat Makan Terbaik Sekitar Lembah Klang Untuk Si ‘Kaki’ Pedas

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.