Rancangan kartun terkenal SpongeBob SquarePants pernah menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja Malaysia pada waktu dulu-dulu dan rasanya hingga sekarang pun, masih ada yang setia dengan kartun ni kan. Dulu-dulu, mesti akan tunggu depan TV setiap petang untuk tengok cerita ni di TV9 kan.

Kali ini, sekumpulan saintis marin telah menemui pasangan sahabat dalam siri kartun tersebut iaitu SpongeBob dan Patrick Star di dasar lautan! Menurut New York Post, kedua-duanya itu ditemui oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) ketika sekumpulan penyelidik itu sedang menyelam menggunakan kenderaan kawalan ROV (Remotely Operated Underwater Vehicle) di lautan Atlantik.
Keduanya ditemui dalam keadaan berada berdekatan antara satu sama lain. Ahli biologi marin iaitu Christopher Mah kemudiannya berkongsi gambar ‘SpongeBob’ dan ‘Patrick Star’ itu di akaun Twitternya beberapa hari lalu.
*laugh* I normally avoid these refs..but WOW. REAL LIFE Sponge bob and Patrick! #Okeanos Retreiver seamount 1885 m pic.twitter.com/fffKNKMFjP
— Christopher Mah, @echinoblog.bsky.social (@echinoblog) July 27, 2021
Gambar tersebut telah mula tular di media sosial, mungkin sebab ramai yang tak sangka akan dapat peluang untuk jumpa haiwan-haiwan laut itu.
Menurut ahli biologi marin itu, nama saintifik bagi spesies berwarna kuning itu ialah Hertwigia manakala tapak sulaiman itu pula dikenali sebagai Chondraster. Menurut Insider, Christopher yang juga berkhidmat dengan NOAA mengatakan bahawa warna haiwan laut itu dalam kartun telah ditokok tambah dan warna sebenarnya tidaklah seterang seperti dalam kartun.
Scientific names: Hertwigia (sponge) and Chondraster (starfish) #Okeanos
— Christopher Mah, @echinoblog.bsky.social (@echinoblog) July 27, 2021
Rata-rata netizen juga terhibur dengan penemuan itu dan sehingga kini, gambar tersebut telah mendapat lebih 2 ribu Retweets daripada pengguna Twitter. Ada yang kata dorang ni memang betul-betul best friends sebab kat dunia sebenar pun duduk dekat antara satu sama lain.


Lepas ni rasa nak tengok kartun SpongeBob semula la kan.
Sumber: New York Post, Twitter Christopher Mah, Insider
Baca: “Ingat bunga tu ganti awan”- Kisah Realiti Sebenar Kartun Spongebob Yang Ramai Orang Tak Tahu

