in

Ramai Terkejut Lepas Nickelodeon Dedahkan Karakter SpongeBob SquarePants Sebenarnya Gay?

Feature 4 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mesti ramai yang minat dengan watak kartun popular ketika zaman kanak-kanak iaitu SpongeBob SquarePants. Jarang lah jumpa orang yang tak pernah tengok kartun ni. Dulu-dulu, waktu petang mesti terpacak depan TV sebab nak tengok cerita ni kat TV9. 


Namun, ada perkara mengejutkan sebab menurut saluran TV Nickelodeon yang menayangkan SpongeBob SquarePants, rupanya watak ni merupakan seorang gay, lapor Daily Star.

 

Spongebob 4

Perkara ini telah diumumkan oleh Nickelodeon menerusi Twitter baru-baru ini. Namun, ramai peminat yang terkejut dengan perkara tersebut.

Ye lah, zaman kanak-kanak tu kan sepatutnya suci dan bersih, jadi bila tiba-tiba watak yang diminati tu tidak seperti yang dibayangkan, mesti lah terkejut habis kan. 

Spongebob 2

Perkara tersebut telah mendapat reaksi berbeza daripada peminat. Ramai peminat yang macam tak boleh terima watak tersebut diperlakukan sedemikian rupa. Ada juga yang boleh terima sebab dorang dah dapat agak sebelum ni. 

Namun, pada tahun 2005, Stephen McDannell Hillenburg iaitu pencipta kartun SpongeBob sebenarnya pernah mendedahkan bahawa dia tak pernah reka karakter tersebut untuk bersifat suka sesama jantina sendiri.

Spongebob 5

Sebaliknya, watak SpongeBob merupakan seorang asexual iaitu tidak mempunyai perasaan terhadap mana-mana jantina. Untuk pengetahuan korang, pencipta kartun ini pun telah meninggal dunia pada November 2018. So, Nickelodeon sengaja nak tipu kita ke ni?

Jadi, kita boleh je tengok SpongeBob SquarePants lagi. Cuma, kena buang yang keruh dan ambil yang jernih je lah. 

Baca: “Ingat bunga tu ganti awan” – Kisah Realiti Sebenar Kartun Spongebob Yang Ramai Orang Tak Tahu

Spongebob

Sumber: Twitter
Sumber: NZ Herald
Sumber: Vulture

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.