in

“Ingat boleh lipat” – [VIDEO] Pernah Tak Terfikir Macam Mana Kereta Boleh Masuk Mall? Ini Rupanya ‘Trick’ Dia!

Pageq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang pergi ke pusat beli belah dan ternampak pameran kereta-kereta baru? Biasanya, pameran kereta akan dianjurkan di tengah-tengah pusat beli-belah dan menjadi tumpuan kepada pengunjung yang berjalan di sekitarnya.



Ada tak korang tertanya-tanya, macam mana caranya penganjur pameran itu memuatkan kereta-kereta besar ke dalam mall tersebut?

Melalui video Tiktok yang dikongsi pengguna @audicentreglenmarie, pengguna ini berkongsi ‘rahsia’ di balik tabir proses memasukkan kereta ke dalam pusat beli-belah.

@audicentreglenmarie

How old were you when you found out? 😂 See you at Publika Shopping Gallery this coming week! 🥰 #audi #audimalaysia #audiMY #audiroadshow #audiQ3

♬ Vibe (If I Back It Up) – Cookiee Kawaii

Rupa-rupanya, kereta-kereta pameran ini hanya dipandu masuk dengan mudah, melalui pintu utama pusat beli belah tersebut. Laa… masuk ikut pintu depan je rupanya.

Kereta itu kemudiannya dipandu secara perlahan-lahan untuk mengelak dari berlanggar dengan sebarang kedai di dalam mall tersebut.

Dalam klip berdurasi 16 saat itu, kereta tersebut dilihat melalui ruang kecil di antara dua escalator dan melalui bahagian hadapan kedai secara berhati-hati. Kena betul-betul pro kalau nak buat kerja ni!

Pengguna Tiktok ini merupakan penganjur bagi pameran kereta yang berlangsung di sebuah pusat beli-belah terletak di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur. Menurut video seterusnya, pihak mereka perlu memandu kereta yang berbeza hampir setiap hari sepanjang pameran itu.

@audicentreglenmarie

*APPRECIATION POST ALERT!* Our 5-days Audi Roadshow at Publika has ended last weekend! Keep watching this space for more interesting videos 😉🔥 #audi

♬ Chinese New Year – SALES

Di ruangan komen, kelihatan ramai netizen yang pertama kali melihat proses memasukkan kereta ini. Ada yang sebelum ini membuat andaian sendiri, seperti kereta tersebut dimasukkan bahagian demi bahagian dan dicantum di dalam pusat beli-belah. Ada juga yang ingat kereta tu sebenarnya boleh lipat!

R 3E 3Q 3 T 2W 4

Kalau korang macam mana? Berani tak nak drive celah-celah mall tu?

BACA: “Tak ada tempat lain ke nak parking?” – Kereta Kena ‘Sagat’ Lori Di Lorong Sempit, Salah Siapa Sebenarnya?

Y 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.