in

“Tak ada tempat lain ke nak parking?” – Kereta Kena ‘Sagat’ Lori Di Lorong Sempit, Salah Siapa Sebenarnya?

Page 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak korang memandu kat satu lorong yang dah memang sedia sempit, lepas tu ada banyak kereta lain parking di tepi jalan, menjadikan tempat itu lebih sempit dan susah untuk kita lalu?


Baru-baru ini tular di laman Twitter berkenaan beberapa buah kereta calar balar akibat kena ‘sagat’ dengan sebuah lori.

Perkongsian dari akaun @My_CrimeWatch itu dirakam oleh seorang lelaki yang sedang menunggang motorsikal, meminta pemilik kepada kereta-kereta itu untuk periksa kenderaan masing-masing.

Melalui video tersebut, kita dapat lihat kereta-kereta tersebut majoritinya terletak di tepi jalan yang tidak mempunyai sebarang tanda petak meletakkan kenderaan. Ada kereta yang hanya mengalami sedikit calar di bahagian pintu, ada juga yang sampai pecah cermin sisi.

Menurut kepada pengguna akaun tersebut, para pemilik kereta yang terlibat tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi atau mengambil tindakan lanjut kerana kawasan itu tidak digazetkan sebagai kawasan parkir.

Ada pengguna Twitter lain membalas dengan rakaman CCTV yang lebih jelas berkenaan kejadian itu. Dalam rakaman berdurasi 30 saat itu, lori tersebut dilihat melanggar dua kereta lain, menyebabkan kereta-kereta itu sedikit teranjak ke hadapan.

Perkara ini menimbulkan pelbagai pendapat dari netizen di Twitter. Kebanyakkan netizen beranggapan bahawa pemilik kereta itu bersalah kerana meletakkan kenderaan di kawasan tanpa petak parkir.

D 5HG 3

Ada juga yang berpihak kepada pemilik kereta tersebut disebabkan kawasan itu dikatakan tidak mempunyai kawasan parkir yang mencukupi. Oleh kerana kekurangan ruang yang sesuai untuk meletakkan kereta, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain parking di tepi jalan.

F 3A 5Dd

Beberapa komen di bahagian Twitter turut menekankan bahawa lori sebenarnya tidak boleh melalui lorong itu.

Ss Aa

Aduh.. tak pasal-pasal je kereta kena hantar ke bengkel. Min harap akan ada solusi untuk masalah parkir ini di masa hadapan.

BACA: “Ni Myvi ke Lamborghini?” – Pakcik Tayang Modify Pintu Kereta, Dah Macam Kereta Mewah

Ff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.