Aplikasi media sosial TikTok diminati bukan hanya terhad kepada golongan muda, malahan golongan berusia turut terjebak sama melayari aplikasi itu.
Namun, ada segelintir pihak yang kurang senang dengan influencer berusia 30 tahun ke atas yang menggunakan platform itu untuk kekal relevan dan menganggap mereka tidak sesuai menggunakannya.
Menurut laporan Daily Star, isu influencer berusia itu hangat dibincangkan selepas ia diterbitkan menerusi akaun Instagram Celeb Spellcheck.
Antara yang dibincangkan dalam akaun Instagram itu adalah kesalahan ejaan yang dimuat naik oleh selebriti pada kapsyen TikTok mereka.
Selain itu, akaun itu turut meminta influencer berusia 30 tahun ke atas untuk menjauhi TikTok atas alasan zaman kegemilangan mereka telah berlalu di Instagram beberapa tahun lalu.

Turut ditegaskan, TikTok adalah permainan yang baharu dan influencer berusia 30 tahun ke atas perlu menawarkan sesuatu dan tidak boleh hanya bergantung kepada wajah yang cantik semata-mata.
Walau bagaimanapun, akaun Instagram itu telah ditetapkan dalam mode private dan individu yang mengendalikannya masih tidak dapat dikenal pasti.
Baca: Influencer Didakwa ‘Mengemis’ Nak Makan Free, Siap Minta Owner Bayaran & Baucar