Influencer Didakwa ‘Mengemis’ Nak Makan Free, Siap Minta Owner Bayaran & Baucar

Tambah ke Sumber Pilihan
Influencer Didakwa ‘Mengemis’ Nak Makan Free, Siap Minta Owner Bayaran & Baucar

Sumber: Gambar Hiasan

Bila dah masuk fasa sekarang ini, pasti korang dah mula rindu mana-mana tempat atau kedai makan yang korang suka sebelum ini, mungkin tempat kegemaran korang itu telah ditutup akibat pandemik.

Biarpun kita dapat lihat keadaan beransur pulih, masih banyak perniagaan yang masih merangkak dan masih lagi terkesan. Namun, sungguh tak sangka masih wujud lagi golongan influencer yang suka ambil kesempatan dengan taktik ‘mengemis’ ni dekat orang yang tengah kesempitan.


Minta makan percuma, siap bayar kat dia lagi 

Pexels Photo 1448721Sumber: Gambar Hiasan

Rasanya pasti ramai dah tahu apa taktik ‘mengemis’ yang dimaksudkan, tak bayar dengan duit tapi dengan exposure, kononnya boleh menaikkan nama kedai makan, jadi orang tak perlu bayar. Walaupun dah dianggap ‘kuno’ masih ada lagi yang lakukannya.

Seorang pemilik restoran di Australia, Katie Moron menyatakan dia telah dihubungi oleh seorang influencer yang mahu menikmati makanan percuma di premisnya, lapor sumber.

Influencer tersebut menawarkan review makanan menerusi media sosial sebagai ‘bayaran’ kepada hidangan daripada restoran tersebut. Bagaimanapun, Katie menjelaskan bahawa kaedah itu tidak mampu dia berikan kerena dirinya kini hampir muflis.

Pexels Mindaugas Skrupskelis 11551931Sumber: Gambar Hiasan

Malah, ia lagi menambah beban kepada kewangannya yang semakin berkurangan, tak cukup dengan minta makanan percuma, influencer tu siap minta dia dibayar dan diberikan baucer lagi!

Tidak dinafikan rasa jengkel, tapi Katie tetap menolak dengan cara sopan. Selepas 9 tahun beroperasi, Katie mungkin akan menutup restorannya pada bulan ini, ia susulan dengan kekurangan sambutan selepas Covid-19.

Baca : “Famous padahal scammer” – Influencer Kantoi ‘Beli Followers & Likes’ Sebab Nak Dapat Makanan, Barang FREE

Feature2 3

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Influencer Didakwa ‘Mengemis’ Nak Makan Free, Siap Minta Owner Bayaran & Baucar
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/influencer-didakwa-mengemis-nak-makan-free-siap-minta-owner-bayaran-baucar/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM