Individu Kena ‘Bash’ Gara-Gara Nak Buat ‘Crowdfund’ Untuk Amelia Henderson

Jadikan sumber pilihan di Google
Individu Kena ‘Bash’ Gara-Gara Nak Buat ‘Crowdfund’ Untuk Amelia Henderson

Umum mengetahui mengenai kes mahkamah pelakon terkenal, Amelia Henderson yang diarahkan agar membayar kos ganti rugi sebanyak RM213,000 kepada A.Aida setelah dia melanggar kontrak syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.

Walaubagaimanapun, Amelia masih menganggap kes tersebut belum berakhir dan dia difahamkan akan memfailkan rayuan kepada mahkamah.


Buat crowdfund untuk Amelia?

Susulan perkara tersebut, seorang peminat telah bercadang membuat crowd fund untuk Amelia demi membantunya melunaskan pembayaran kos ganti rugi yang diperlu dibayarnya.

“Kalau ada siapa-siapa tahu apa-apa ‘crowdfund’ untuk Amelia, tolong share. Moral tinggi memang mahal harganya,” tulis individu tersebut.

Namun, hasrat murni individu terbabit telah menerima kritikan dan kecaman daripada pengguna media sosial lain yang berpendapat sebaliknya.

Hal ini kerana, ramai di antara mereka yang berpendapat bahawa artis tidak perlu dibantu kerana mereka mempunyai kerjaya dan juga punca pendapatan sendiri yang kukuh.

Malah, ada juga netizen yang berpendapat ianya tidak berbaloi untuk memberi wang kepada mereka yang mempunyai karier sebagai pelakon, sebaliknya lebih baik menderma pada orang yang lebih memerlukan.

“Err dia dah kaya. Pandai pandai lah dia cari duit nanti” – Netizen

Screenshot 2023 04 10 145146Sumber: Twitter

Screenshot 2023 04 10 145206Sumber: Twitter

Sekadar info tambahan, jumlah kos ganti rugi yang perlu dibayar oleh Amelia juga telah diminta agar dibayar secara lump sum oleh A.Aida.

Sumber : Twitter

Baca : “Saya rasa saya buat benda betul” – Amelia Henderson Bakal Kemukakan Rayuan

Ft Amelia Henderson Saman 608X320 1

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Seorang yang suka cuba aktiviti baru dalam kehidupan, tapi yang pasti dia tak pernah cuba awek member

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Individu Kena ‘Bash’ Gara-Gara Nak Buat ‘Crowdfund’ Untuk Amelia Henderson
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/individu-kena-bash-gara-gara-nak-buat-crowdfund-untuk-amelia-henderson/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen