in

“Saya rasa saya buat benda betul” – Amelia Henderson Bakal Kemukakan Rayuan

Ft Amelia Henderson Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah hari ini telah menetapkan bahawa pelakon Amelia Henderson perlu membayar kos ganti rugi sebanyak RM 213,000 serta memadam semua video yang mempunyai kenyataan fitnah dan membuat permohonan maaf terhadap A. Aida.

Pemilik syarikat A. Aida sebelum ini membuat kenyataan berhubung dengan ‘kemenangannya’ terhadap isu pelanggaran kontrak ini. Dia memberi nasihat agar hormati kontrak yang telah ditetapkan selain menyenarai hitamkan nama pelakon tersebut untuk masa akan datang.


 

“Saya bangga dengan diri saya” – Amelia Henderson

Namun begitu, bagi Amelia Henderson dia mengatakan bahawa dia bangga dengan dirinya. Katanya ketika ditemui wartawan, dia telah melakukan satu perkara yang betul.

Di samping itu, Amelia juga mengatakan bahawa dia akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang mahkamah telah tetapkan.

https://www.instagram.com/p/CquBg6ghxyb/

“Saya bangga dengan diri saya, sebab saya rasa saya buat benda betul, dalam masa yang sama perasaan tu juga yang memberi saya kekuatan untuk membuat rayuan, dan hari ini saya rasa sangat happy. Semua yang saya sayang hadir untuk saya.”

Amelia juga turut  terharu dengan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan. Sebelum ini, Penerbit A. Aida telah mengemukakan saman terhadap Amelia dan Idris Khan kerana menarik diri pada saat akhir daripada drama 28 episod, namun, Idris memilih untuk menyelesaikan perkara tersebut diluar mahkamah.

Baca : “Biar jadi pengajaran, hormatlah kontrak” – A. Aida Menang Saman Terhadap Amelia Henderson

Ft Amelia A.aida

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.