in

“Igtkan bulu ayam” – Kucing Gebu Disangka Bulu Ayam, Buat Netizen Tersengih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya semua suka kucing kan? Yang tak suka kucing ni sangat jarang kita jumpa dan mesti ada cerita disebalik kenapa dia tak suka kucing.


Bercakap pasal kucing, admin nak share dengan korang pasal seekor kucing yang viral di Twitter dan hampir memperdaya netizen yang ingat bulu dia yang gebu tu bulu ayam yang orang guna untuk buang habuk. Tengok tweet @TIIIIIIIMOTHY kat bawah ni pasal kucing yang admin cakap tu.

 

Eeee comelnyaaa!!

Admin sebagai pencinta kucing sangat geram dengan kucing yang bulu tebal, lagi-lagi macam ni. Tapi kesian pula, disamakan dia dengan bulu ayam. Boleh nampak marah dia dalam gambar last tu.

Kannn.. cantik kan. Bulu tebal, mata macam pakai celak. Baka jenis apa ni? Sapa tahu boleh share dengan admin.

Pencinta kucing biasanya macam ni lah, seronok nampak kucing. Jumpa kucing cantik terus rasa nak bawa balik. Jangan sampai bawak balik kucing orang sudah.

Siapa cakap dia macam bulu ayam tu? Haa… tengok ni dia dah marah dah. Marah pun masih cute. Eee geram pulak tengok dia ni.

 

Baca: “Alah-alah comelnya…” – [VIDEO] Viral! Netizen Terhibur Tengok Kucing Tiru Apa Tuan Cakap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.