Hati-Hati! Scammers Mengaku ‘Pelancong’ Kini Aktif Kat Mall Sekitar Lembah Klang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya macam biasa je dengar kalau kes orang kena scam kebelakangan ni. Tapi kebanyakannya berlaku secara online ataupun dipukau.

Tapi lain pula kes yang berlaku di salah sebuah mall terkemuka di Lembah Klang. Dan kali ni, ia libatkan individu yang mendakwa mereka ni dari negara China.

Konon ‘pelancong’ China

Menurut sebuah post di Facebook, lelaki ini mendakwa dua orang ‘pelancong’ China tiba-tiba menegurnya dalam bahasa Mandarin, kononnya sedang mencari sebuah restoran.

Peliknya tu, mereka kata yang mereka ni tak ada duit nak beli makanan.

Sumber: Facebook

Sebabkan En. Lau Chee Kin ni kata dia tak boleh tolong, kedua-dua gadis tu pun pergi.

Sambil tu, dia pun terus perhatikan kedua-dua gadis ni sebab syak mereka ni scammers sebelum mereka ni hilang dari pandangan dia.

Outfit scammers dah bertukar

Tak lama lepas tu, En. Lau jumpa semula diorang ni tapi outfit dah bertukar! Kali ni, salah seorang daripada mereka pakai cermin mata dan dah ikat rambut.

Sumber: Facebook

Siap bawak shopping bag H&M. Takkan orang tak ada duit boleh shopping kat H&M!

Lepas ambil gambar, dia pun buat report kat pihak sekuriti mall. Rupa-rupanya, dah ada orang lain buat report juga dan ada dua lagi individu lain guna taktik sama untuk tipu orang.

Tutup muka elak kantoi

Tak lama lepas tu, En. Lau sendiri terjumpa dua orang lagi scammers tu. Dalam proses nak ambil gambar penipu ni, kelam-kabut diorang nak tutup muka elak kantoi.

Nasib baik dia sempat ambil video.

Orang ramai yang tengok pun confused, tak ada yang cuba nak menolong atau tanya apa-apa.

Lepas 15 minit bertekak, barulah bahagian sekuriti sampai sebelum scammers ni sempat lari keluar daripada pintu mall.

Scammers kantoi ditangkap

Keempat-empat scammers ni kemudiannya dibawa ke balai polis terdekat. Padan muka!

Sumber: Facebook

Menurut pegawai polis bertugas, ini bukan pertama kali kes macam ni berlaku kat situ. In fact, scammers ni datang daripada macam-macam negara lain.

Tapi disebabkan tak ada bukti yang diorang ni nak curi duit, polis cuma boleh minta pihak imigresen hantar mereka ni pulang semula ke negara asal dan keluarkan larangan masuk semula ke Malaysia.

Bukan pertama kali berlaku

Betullah kata pegawai polis tu, kes macam ni bukan pertama kali berlaku. Malah dah berlaku kat banyak mall sekitar Lembah Klang. Siap ada yang terkena kat airport lagi!

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Pastikan korang lepas ni lebih berhati-hati bila keluar berjalan. En. Lau mungkin bernasib baik sebab sedar cepat, tapi kita tak tahu mungkin perkara macam ni berlaku pada diri sendiri.

Baca: “F*ck *ff la!” – Netizen Beri Peringatan Jangan Terjerat Scam Company Jual Tiket Ni, Ramai Dah ‘Terkena’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Suraya Roslan

Penggemar graphic tee dan sentiasa berangan-angan untuk mengelilingi dunia.