in

Ibu Tembak Tunang Anak Perempuan Kerana Berang Dapat Tahu Gadis Itu Hamil

H

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu-ibu di negeri Barat mungkin berfikiran terbuka dengan hal berkaitan perhubungan anak mereka. Tapi ibu yang satu ini tidak mudah menerima kenyataan apabila mengetahui anak perempuannya hamil hasil hubungan dengan tunangnya.


Menurut laporan Nextshark, seorang ibu berbangsa Asia Amerika dari Georgia, Amerika Syarikat telah menembak mati seorang lelaki selepas mendapat tahu anak perempuannya hamil hasil perhubungan dengan lelaki tersebut.

4
sumber: fox 5

Punca kejadian ini bermula apabila Paw Law, 57, yang berasal dari Myanmar sangat sedih apabila mendapat tahu anak perempuannya Madaya Be, 18, dilaporkan hamil. Madaya juga  dikatakan telah bercadang untuk berpindah dengan tunangnya, Nyatole Eh yang berusia 17 tahun ke Wisconsin untuk memulakan hidup baru.

P Mom Shoots Daughters Fiance 10P 00.00.14.13 1507693229037 4337986 Ver1.0 640 360
sumber: fox 5

Berang dengan keputusan anak perempuannya, Paw telah ke kedai pajak gadai dan membeli sepucuk pistol selepas mereka anak beranak bertengkar di apartmen yang didiaminya sehari sebelum kejadian berlaku.

Keesokan harinya, ketika Madaya dan Nyatole sedang menyediakan sarapan pagi di dapur, Paw berjalan ke belakang tunang anaknya dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah lelaki tersebut. Fuh selambanya! Macam tu je dia bunuh orang…

21 25
sumber: fox 5

Paw kemudian cuba menembak dirinya sendiri, namun tindakannya itu ditahan anak gadisnya yang sedang hamil empat bulan. Ekoran daripada kejadian tersebut, Madaya berasa sangat sedih dan patah hati dengan tindakan drastik ibunya.

“Ia adalah sesuatu yang mengejutkan. Saya tak sangka perkara macam ini boleh berlaku.

“Dia (tunang) seorang lelaki yang baik dan lurus,” luah Madaya.

Shootingvictim 1507584801085 11345105 Ver1.0
sumber: fox 5

Siapa sangka seorang ibu sanggup membuat tindakan drastik sebegitu kerana anak. Moga gadis itu dan bayinya baik-baik sahaja sehingga dia melahirkan.

Baca: Ibu Cekik Anak Autisme Hingga Mati Kerana Tidak Larat Menjaganya

Bunuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.