in

Ibu Pukul Anak yang Masih Bayi Dengan Kejam Kerana Tidak Diberi Wang Untuk Ke Hospital

Dera Anak Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Ibu Pukul Anak yang Masih Bayi Dengan Kejam Kerana Tidak Diberi Wang Untuk Ke Hospital
Loading
/

Ibu mana yang tak sayangkan anaknya? Tambah-tambah pula kalau masih bayi. Meskipun anak itu hanya demam biasa, ibulah orang yang paling susah hati. Tak terlintas di fikiran untuk memukul atau mendera sesuka hati!

Namun, lain pula dengan seorang ibu ini di Bali, Indonesia apabila dia telah ditahan atas dakwaan mendera anaknya sendiri dengan kejam dan merakam kejadian tersebut tanpa belas kasihan, lapor Coconuts.


Poqsjuvtmhgdmmae2Kpb
sumber: berita 168

Mariana Dangu atau Marry, 30, telah melakukan kekerasan terhadap anaknya yang dikenali sebagai ‘Baby J’ dengan memukul, menarik telinga, menjirus anak dengan air dan sabun pencuci pinggan serta lain-lain keganasan yang dilakukannya. 

Baby J
sumber: coconuts

Punca kepada kejadian ini terjadi apabila Marry menjalinkan hubungan dengan lelaki warga asing yang bernama Otmar Daniel Adelsberger. Hasil daripada perhubungan itu, Baby J telah dilahirkan pada 17 Ogos 2016 di Sumba iaitu tempat asal kelahiran Marry sebelum dia berpindah ke Bali untuk dijaga ibunya.

Menurut Tribun Bali, pada 15 Mac 2017, Baby J telah mengalami demam dan batuk-batuk lalu Marry telah membawa anaknya ke klinik di Seminyak pada keesokan harinya. Oleh kerana demam Baby J agak teruk, pihak klinik meminta Marry membawa anaknya ke hospital. 

Bayi Jd Tampak Tertawa 20170729 100316
sumber: tribun bali

Walau bagaimanapun, Marry tidak mempunyai wang untuk membiayai perubatan tersebut. Dia seterusnya menghubungi Otmar yang kini tinggal di Austria untuk bantuan kewangan.

Pun begitu, Marry telah dikecewakan Otmar apabila lelaki itu memakinya, menuduhnya ‘berdrama’ dan tidak percaya bahawa Baby J benar-benar sakit. Apa punya bapaklah ni!

Sakit hati dan marah dengan apa yang berlaku, Marry mula bertindak gila dengan menolak bayi tersebut hingga terjatuh dari tempat tidur. Setelah bayi itu terjatuh, dia kemudian memukul punggung bayi berkenaan berkali-kali.

Capture 20171012 112603
sumber: facebook
Pukul
sumber: facebook

Tidak cukup dengan itu, Marry menarik telinga anaknya, mencubit pipi dan dada serta memukul mulut Baby J yang menangis kesakitan. Dia juga telah meminta pertolongan sahabatnya, Melisa untuk merakam perbuatan tersebut dan menghantar rakaman itu ke Otmar. 

Gila betul mak budak ni! 

Bagaikan tidak puas-puas, Marry membawa Baby J ke bilik air dan meletakkan anaknya di atas lantai. Dia menyiram air ke bayi tersebut dari atas kepala dan menuangkan sabun pencuci pinggan ke tubuh anaknya itu. Tak puas-puas lagi ke dia dera anak dia??

Capture 20171012 112803
sumber: facebook

Melisa yang melihat kejadian itu cuba melarang Marry dari melakukannya, namun dia tidak diendahkan. Sebaik saja ibu syaitan itu meninggalkan anaknya di bilik mandi, Melisa yang kasihan akan Baby J memandikan bayi itu hingga selesai.

Kesemua adegan tersebut dirakam Melisa dan Marry telah memintanya menghantar ia ke Otmar sebagai ugutan.

Walau bagaimanapun, Baby J akhirnya berjaya diselamatkan dan kini berada di bawah jagaan rumah anak yatim selepas jenayah penderaan ini diketahui pihak perkhidmatan sosial.

J
sumber: info teratas

Rakaman perlakuan Marry mula tersebar di Facebook pada Julai 2017 sebagai satu cara untuk menghalang si ibu dari cuba mengambil hak Baby J semula.

Video tersebut telah mendapat 2 juta tontonan dalam tempoh 48 jam dan susulan tularnya video tersebut, pihak polis telah membuat siasatan dan menahan Marry atas perlakuan kejamnya.

Semoga Baby J selesa di bawah jagaan mereka yang menyayanginya. Harap ibu bayi insaf dengan perkara yang dilakukan.

Baca: Kanak-kanak 10 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri dan Leher Dirantai Pada Tong Gas Oleh Bapa

Dera Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.