in

Kanak-kanak 10 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri dan Leher Dirantai Pada Tong Gas Oleh Bapa

Anak Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadang-kadang ibu bapa bertindak tegas dengan anak mereka kerana ingin anak berjaya dalam hidup. Namun ketegasan dan hukuman yang diberikan kepada si anak apabila mereka lakukan kesalahan juga harus berpada-pada.


Janganlah perlakukan anak seperti apa yang terjadi di Indera Mahkota, Kuantan ini, apabila seorang budak berusia 10 tahun ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan yang menyedihkan, lapor Berita Harian.

Edited Dera 2
sumber: facebook

Melalui hasil maklumat awam, anggota polis yang tiba di lokasi cuba memasuki rumah mangsa melalui pintu hadapan, namun mereka tidak berjaya kerana ia telah dikunci.

Mereka kemudian ke bahagian belakang rumah dan ternampak seorang budak lelaki yang memakai seluar, namun tidak berbaju sedang terbaring tidak sedarkan diri. Disebabkan itu, anggota polis yang bertugas terpaksa memecah masuk rumah tersebut dan menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Lebih menyedihkan lagi, leher kanak-kanak itu telah dirantai dan rantai tersebut telah dikunci pada tong gas berwana hijau. Kesiannya.

Edited Dera
sumber: facebook

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, penderaan terhadap kanak-kanak tersebut dilakukan oleh bapanya sendiri yang berusia 35 tahun dan bertugas sebagai tentera di Kem Batu 10, Gambang. 

Dia difahamkan bahawa kanak-kanak malang itu juga didera hanya kerana tidak ke sekolah kelmarin. Bapanya yang tidak dapat menahan amarah telah menghukum kanak-kanak tersebut dengan cara yang agak keterlaluan.

22281658 1407934792637982 4526384662869896195 N
sumber: facebook

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut kini sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) atas kecederaan pada bahagian leher akibat dirantai. Manakala bapa dan ibunya telah direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Nak denda atau menghukum tu berpada-padalah. Jangan sampai dera anak. Tak pasal-pasal dah kena masuk lokap. 

Baca: Bapa Durjana Dera Anak Lelaki Berusia 5 Tahun Hingga Patah Peha Kiri

Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.