in

Ibu Bersalin Dapat Cuti 2 Tahun Kalau Pemimpin PAS Jadi PM?!

Boss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Admin tak tahulah kalau berita ni berita gembira bagi semua rakyat Malaysia, tapi bagi ibu yang tengah hamil sekarang, maybe this is a good news! 


Giphy 1 8

Semalam (23 April), pemimpin kanan PAS, Datuk Mohd Amad Nik Abdullah ada membuat satu tawaran menarik terutamanya bagi wanita yang hamil dan bakal bersalin tak lama lagi kalau parti PAS berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ni.

Ibu bersalin cuti 2 tahun?

Katanya, jika beliau sendiri berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerajaan PAS akan berikan cuti bersalin kepada wanita selama dua tahun berbanding cuti 90 hari yang diberikan kerajaan sekarang, lapor MalaysiakiniBiar betul ni??

5Cb167F4116B3Be8Bea72C633D9346A4
sumber: mk

Malah Datuk Mohd Amar juga menegaskan, perkara ni bukan main-main dan ia boleh menjadi kenyataan kalau pengundi memilih PAS serta dia pulak dilantik sebagai Perdana Menteri.

So lagi ambo (satu lagi saya) baru isytihar iaitu kalau ambo jadi perdana menteri memerintah Malaysia, nak bagi cuti bersalin dua tahun,” katanya ketika berucap di majlis pelancaran Manifesto PAS Kelantan di Kota Bharu.

Pengumuman ni disambut dengan ketawa dan sokong orang ramai yang berada di majlis tersebut. Tambah Datuk Mohd Amar lagi, sebenarnya hasrat ni dah lama ingin dijalankan di Kelantan namun ia tak berjaya dilaksanakan sebab dasar tu terikat dengan pelbagai halangan daripada dasar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Tapi kalau kita perintah Malaysia, kita boleh ubah suai peraturan-peraturan JPA itu,” katanya lagi.

Preggy
sumber: wob

Gaji hanya dibayar selama tiga bulan saja

Pun begitu, naib presiden PAS tu jelaskan jugak walaupun ibu bersalin diberi cuti dua tahun, gaji mereka akan dibayar selama tiga bulan saja. Tambah Mohd Amar lagi, setakat ni hanya ada satu negara saja dalam dunia yang berikan cuti bersalin dua tahun, iaitu Iran. Ooo macam tu rupanya!

Jadi macam mana rakyat Malaysia semua? Ibu bersalin pasti happy kan. Tapi majikan pulak macam mana? Makin kurang tenaga kerja rasanya dan apa pulak akan pekerja buat kalau lepas 3 bulan tak dapat gaji? Apa-apapun kita tunggulah sama ada perkara ni jadi kenyataan atau tak jika PAS menang PRU14 nanti.

Setuju atau tidak dengan manifesto ni? Kongsi dengan kami di ruang komen! 

Baca: Azwan Ali Nak Jadi Calon Bebas Jatuhkan Azmin Untuk PRU14!

Pru14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.