in

Azwan Ali Nak Jadi Calon Bebas Jatuhkan Azmin Untuk PRU14!

Pondan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pantang sebut nama Azwan Ali, mesti ada je kisah sensasi. Tahun lepas selebriti kontroversi ni mengaku dia ada sejuta idea nak jatuhkan Menteri Besar Selangor Azmin Ali, siap bawa satu dokumen kononnya berkaitan penyelewengan Azmin ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Amboi amboi amboi!



Bersungguh benar nak jatuhkan abangnya, Azwan nekad bertanding sebagai calon bebas menentang Azmin dalam PRU14 nanti! Wow!

Didesak penyokong untuk bertanding 

Azwan memaklumkan yang idea untuk bertanding tu datang lepas dia dapat sokongan ramai untuk mendedahkan sikap sebenar Azmin.

“Saya didesak penyokong-penyokong saya. Setelah berfikir dan mendapat sokongan, dari situ idea untuk bertanding itu merebak. Saya akan tentang Azmin di mana sahaja dia bertanding, walaupun harapan menang tipis.”

“Kalau borang saya diterima SPR, saya akan ‘telanjangkan’ Azmin, saya mahu dia kalah. Kalau dia menang, saya pula tidak akan rasa apa-apa, tetapi tunggu pula bala yang lebih besar.”

11 3
sumber: fmt

“Duit saya berjuta dalam bank..anggaplah sedekah pada SPR”

Tidak berharap untuk wakili mana-mana parti, Azwan tak kisah jika dia menang atau kalah jika jadi calon kerana tujuannya hanya untuk pecah undi. Dia juga tidak kisah kehilangan wang deposit sebab katanya nilai tu tak besar pun.

SPR menetapkan setiap calon kena bayar RM10,000 untuk kerusi Parlimen dan RM5,000 untuk kerusi Dewan Undangan. RM5,000 deposit bahan kempen di Parlimen dan RM3,000 untuk DUM pun kena bayar jugak.

“Duit saya ada berjuta-juta ringgit di dalam bank. RM10,000 saya lebih dari mampu dan kalau duit itu hilang pun tidak mengapa, anggaplah ia sedekah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).”

Datuk Seri Azmin Ali 0909
sumber: the star

Sedia dedikasi hidup untuk rakyat

Tak nafikan yang keputusan bertanding untuk jatuhkan Azmin memang bersifat peribadi, Azwan mengaku dia sedia jalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kalau diberikan mandat oleh rakyat.

“Sasaran saya adalah pengundi atas pagar, sudah tentu kehadiran saya ini akan menyebabkan mereka gembira. Jika dipilih sebagai wakil rakyat, saya akan dedikasikan hidup kepada mereka.”

“Saya akan bantu penyokong-penyokong saya, bukannya hanya bantu 5 tahun sekali. Saya sudah bersedia dari sudut mental dan fizikal.”

Screen Shot 2017 12 08 At 3.48.52 Pm 1
sumber: blog

Waaah memang betul-betul dah bersedia ni! Meriah lah PRU tahun ni nanti ye. Raja Bomoh ada, Azwan Ali pun ada!

Baca: “Saya berdoa siang malam untuk jumpa PM” – Azwan Ali Mengaku Ada Sejuta Idea Untuk Jatuhkan Azmin

Daddad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.