Dalam menjalani kehidupan rumah tangga, ia perkara biasalah kalau pasangan itu bertengkar ataupun saling tidak setuju satu sama lain.
Pun begitu, hal seperti ini sepatutnya tidaklah perlu terbawa-bawa sehingga mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak yang masih kecil dan tidak memahami apa-apa.
Menurut Gulf News, seorang bayi berusia 4 bulan telah menjadi mangsa pergaduhan ibu bapanya apabila bayi tersebut dijumpai maut di dalam rumah selepas kedua-dua ibu bapanya meninggalkan anak kecil tersebut kerana bergaduh.
Bapa kepada bayi itu memberitahu polis yang dia tiada di rumah kerana terpaksa bekerja outstation untuk beberapa hari dan apabila dia pulang ke rumahnya di Qaliubia, utara Kairo, dia terkejut menjumpai mayat anaknya di rumah.
Lelaki yang berusia 28 tahun itu kemudian menyalahkan isterinya kerana mengabaikan anak mereka.
Menerusi siasatan polis mendapati pasangan tersebut katanya bertengkar pada awal bulan ini sehingga menyebabkan si isteri yang berusia 24 tahun meninggalkan suaminya untuk pulang ke rumah keluarga.
Si suami pula selepas itu terus pergi kerja dan outstation selama 4 hari, meninggalkan bayi itu sendirian di rumah.
Setakat ini, kedua-dua mereka telah ditahan untuk soal siasat lanjut.
Tindakan kedua-dua ibu bapa itu telah mengundang kata-kata kritikan netizen yang antaranya berbunyi,
Apa yang mereka buat pasti akan mendapat balasan di akhirat nanti”
“Betapa teruk pun satu pasangan itu bergaduh, ia tidak seharusnya memberi kesan kepada anak mereka yang sepatutnya disayangi”
“Ibu bapa itu bertanggungjawab atas kematian anak mereka”
Alahai sedihnya budak baru 4 bulan jadi mangsa pergaduhan ibu bapa sampai macam tu sekali.
Baca: Bayi Maut Jatuh Eskalator Terlepas Dari Dukungan Gara-gara Ibu Hilang Keseimbangan Badan