in

Bayi Maut Jatuh Eskalator Terlepas Dari Dukungan Gara-gara Ibu Hilang Keseimbangan Badan

Gambar 1

Apa perasaan korang bila anak yang dikasihi terkulai layu di depan mata? Lebih menyedihkan anak itu masih kecil usianya, belum cukup mengenal dunia.

Namun itulah kenyataan yang perlu diterima seorang wanita di Wilayah Guangdong, China apabila bayinya terbunuh selepas terjatuh dari eskalator..Allahu macam mana lah boleh terjatuh tu.

 

Bayi terlepas dukungan ibu sebelum terbunuh jatuh dari eskalator

Memetik mStar, dilaporkan kejadian itu berlaku di pusat beli belah Changping pada Sabtu lalu iaitu sejurus selepas wanita dan keluarganya selesai menikmati makan tengah hari.

Menerusi rakaman cctv pusat beli belah berkenaan, kelihatan wanita tersebut sedang mendukung bayinya dan menuruni eskalator sebelum bayinya dilihat terlepas dari genggamannya.

Kalau nak tengok videonya klik SINI.

Gambar

Dalam rakaman cctv di atas korang sendiri boleh nilai dan amati bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku.

Dilaporkan wanita yang mendukung bayi itu hilang keseimbangan badan sewaktu melangkah ke atas eskalator tersebut. Malah didakwa bayi tersebut maut gara-gara kecuaian ibunya sendiri.

Selepas je kejadian tersebut berlaku, wanita tersebut bersama seorang lagi anaknya bergegas turun mendapatkan bayi tersebut di aras bawah.

 

Pasukan Perubatan beri bantuan namun gagal, bayi sudah meninggal dunia

Bantuan
Sumber : facebook

Menangis

**Klik pada setiap gambar untuk tonton video

Setibanya dia di lokasi kejadian, bayi tersebut sudah tidak bernyawa lagi.

Malah dalam kenyataan yang dikeluarkan kerajaan Changping, bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas pasukan perubatan gagal menyelamatkan bayi tersebut.

Semoga ibu ini terus tabah meneruskan kehidupan bersama keluarga yang tersayang. Berhati-hati guys!

Baca : Parents pemalas tunggu lif Netizen Ni Kena Bash Lepas Salahkan Parents Guna Eskalator Walaupun Bawa Stroller Hingga Anak Jatuh

Lif