in

“Ibarat the little Wuhan” – Frontliner Kongsi Situasi di Hospital Dekat Semporna Gara-Gara Kes Covid-19 Naik Mendadak

Frontliner Sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, Malaysia mencatatkan peningkatan kes secara mendadak sejak kebelakangan ini terutamanya di Sabah. Para frontliners kini sedang bersusah payah dan bertungkus lumus dalam menangani wabak Covid-19 ini.

Salah seorang petugas frontliner, Atfina baru-baru ini berkongsi tentang pengalamannya bekerja di sebuah hospital di Semporna, Sabah. Peningkatan kes secara drastik dan jumlah pesakit yang naik mendadak itu membuatkan ia diibaratkan seperti ‘the little Wuhan’.


Frontliner2

Ini perkongsian Atfina di Facebook:

“Seminggu bertugas di Semporna, aku dapat rasa kan betapa beratnya tanggungjawab pegawai perubatan, staff hospital dan klinik kesihatan di sini. Di ibaratkan sebagai #thelittleWuhan seluruh komuniti berisiko besar di jangkiti Covid-19. Setiap hari nombor positive kes bertambah.”

“Aku tidak suka bercerita tentang kerja. Aku bukan jenis sentiasa post di media social tentang kerjaya aku walau lebih 10 tahun service di hospital. Tapi kali ini berbeza. Sesuatu yang aku rasa aku harus kongsikan.”

“Ditugaskan di jabatan kecemasan aku kagum dengan semangat doktor muda dari Semporna. Berkerja dari pagi sampai ke malam. Bertungkus lumus merawat pesakit yang rata-rata RTK positive. Tidak mengenal warga negara atau bukan warganegara tanggungjawab tetap di pikul. Memakai full PPE lebih dari 9-10 jam. Tidak makan dan minum semata-mata mahukan yang terbaik untuk pesakit. Masih ada system oncall >24 jam di waktu wabak ini kerana manpower tidak mencukupi.”

“Berhadapan pesakit yang positive mengundang risiko yang amat tinggi bagi kami. Prolonged stay with the patients kerana manpower tidak mencukupi untuk shift systems. Mixed feelings. Betul. Mixed feelings.”

Frontliner1

“Hampir setiap hari ada yang harus di ‘intubate’. Risau akan di jangkiti?? Harus lah!!! Tapi apa pilihan yang kami ada? Bertahan untuk yg terbaik buat pesakit dan komuniti.”

“Setiap hari sebelum masuk berkerja aku akan berdoa. ‘Ya Allah permudahkanlah urusan sepanjang kerja di sini. Jauhkan lah kami dari bala bencana dan wabak. Bantulah kami Ya Allah’.”

“Rakan-rakan perubatan bantulah Semporna. Marilah berjuang bersama-sama di sini. Pakar atau pegawai perubatan.  Jururawat, MA, staff xray, staff makmal, driver, ppk. Kita harus bersama bantu mereka. Kembali kan senyuman dan semangat team Hosp Semporna. Berjuang!!”

“Sahabat di semenanjung buat lah sehabis baik. Jaga SOP, keluar jika perlu, kerap basuh tangan/hand sanitiser.”

“Kita belum menang!!”

Ingat tu, kita belum menang. Patuhi SOP, jaga jarak & pakai mask. Kalau boleh kurangkan aktiviti melepak dulu….

Baca: “Frontliners sanggup menggadai nyawa” – Netizen Terharu KKM Hantar Petugas Kesihatan Semenanjung Ke Sabah Untuk Tangani COVID 19

Kkm 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.