in

“Frontliners sanggup menggadai nyawa” – Netizen Terharu KKM Hantar Petugas Kesihatan Semenanjung Ke Sabah Untuk Tangani COVID 19

Kkm 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari semakin meningkat bilangan kes jangkitan COVID 19 di Sabah. Demi membendung penularan wabak ini daripada terus merebak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghantar pegawai perubatan KKM dari Semenanjung Malaysia ke negeri Sabah.

Menerusi perkongsian Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, mobilisasi pegawai perubatan ini melibatkan pegawai daripada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang serta Hospital Kuala Lumpur untuk memberikan perkhidmatan mereka di Tawau, Sabah. 


https://www.facebook.com/373560576236/posts/10157388024116237/?extid=ANidcOROx9ef8X1W&d=n

 

Wajah-wajah ceria kelihatan pada pegawai perubatan ini yang penuh bersemangat untuk menjalankan tugas di lapangan demi membendung penularan COVID 19 di negara kita.

Keputusan yang diambil KKM dalam menghantar pegawai perubatan Semenanjung ke Sabah telah mendapat pujian netizen yang terharu dengan keprihatinan KKM terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat di Sabah.

Kitakan satu Malaysia, sama-sama kita saling membantu! 

Frontliners

Stay strong Sabah! Kita lawan COVID 19 sama-sama!

Baca: “Dah masuk 5 angka!” – Kes COVID 19 di Malaysia Lebih 10,000, Warga Emas Paling Ramai Terkesan Coronavirus

Cov

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.